“Sweetnya friendship korang…,” – [VIDEO] Pelajar asrama kumpul duit hadiahkan kawan telefon pintar

BAGI sesetengah individu, nilai sebuah persahabatan terlalu mahal dan tidak dapat ditukar ganti. Pada zaman yang serba moden ini, sahabat bukan lagi menjadi keutamaan tetapi duit dan kerjaya. Tetapi ada ramai juga masih mengingati sahabat walaupun hilang jejak bertahun.

Justeru, ada yang tidak kisah untuk membelanjakan wang yang banyak demi sahabat sejati bagi menghargai kehadiran mereka di kala susah mahupun senang.

Baru-baru ini, tindakan sekumpulan pelajar asrama bersama-sama mengumpul duit bagi membelikan sebuah telefon pintar untuk rakan mereka menyentuh hati orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit 33 saat yang dikongsi seorang pengguna TikTok, _frhbikhwn memaparkan saat-saat telefon pintar itu diberikan kepada penerimanya turut menjadi tular di media sosial.

Video:

@_frhnikhwn

memories ✨ #fyp #asramalife

♬ Cornfield Chase – Piano – Dorian Marko

Melalui video tersebut, turut kelihatan penerima telefon pintar itu menangis kerana terharu dengan pemberian rakan-rakannya itu,

Menerusi ruang komen rata-rata pengguna memuji persahabatan antara semua pelajar-pelajar tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 700,000 kali dan mendapat lebih 100,000 tanda suka.

Komen Netizen:

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.keramatviral.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*