Banjir Terengganu, Kelantan: Abang Viva sekali lagi mahu selamat mangsa banjir – Semasa | mStar

‘ABANG Viva’ akan pergi ke negeri Kelantan dan Terengganu bagi membantu m4ngsa-m4ngsa banjir berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Azwan Omar berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.

“Ya saya memang ada perancangan untuk pergi (membantu m4ngsa-m4ngsa banjir),” katanya pada Ahad.

Pada Ahad, sebuah hantaran di Facebook Viral Media Johor memaparkan tangkap layar perbualan antara Azwan bersama pengguna media sosial yang menyatakan Azwan dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan m4ngsa banjir.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh untuk bertolak, Azwan berkata dia masih belum pasti lagi bila akan bergerak ke negeri tersebut.

“(Bila nak pergi) Itu saya tidak pasti lagi tetapi nanti kalau ada apa-apa saya akan ‘update’ (maklumkan) di Facebook saya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*