Tiru Busana Aina Abdul Di Pentas AJL36, Netizen Kata Laju Adik Ni Buat Kerja – ‘Memang Kreatif!’

Semalam, Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara gaun ungu yang digayakannya ketika membawakan lagu ‘Nafas Cinta’ bersama Khai Bahar sempena Anugerah Juara Lagu Ke-36.

Di TikTok, seorang lelaki sempat melakukan parodi mengenai busana yang dipakai oleh Aina. Lebih mencvri tumpuan, kreativiti lelaki tersebut turut dipuji oleh netizen. Hebat!

Menerusi rakaman video beberapa saat tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggunakan barangan terpakai yang berada di rumah untuk menghasilkan busana sama seperti Aina Abdul.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut memainkan lagu ‘Nafas Cinta’ ketika melakukan ‘catwalk’. Gaya dan busana yang dipakai itu ternyata mencvri perhatian netizen.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa lelaki tersebut seorang yang kreatif dan pantas melakukan parodi memandangkan anugerah tersebut masih belum selesai semalam.

Video:

@h_nyf

#ainaabdul#ajl36 #fyp

♬ Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul

Di Tiktok, netizen sempat membuat kompilasi video mengenai busana finalis AJL36, artis jemputan dan pengacara. Menerusi video tersebut, rata-rata baju mereka yang terlibat dengan AJL36 diinspirasikan oleh negara luar.

Sebagai contoh, busana Nabila Huda disamakan seperti ‘Statue of Liberty’ dan busana Siti Nordiana disamakan seperti trofi ‘Oscars Award’.

Komen Netizen:

Sumber: H_nyf

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*