Dikec4m buat ‘review’, dapat banyak followers… Kak Long rayu peluang kedua demi cari rezeki

NAMPAKNYA wanita yang tular kerana ‘amuk’ di kedai serbaneka 7-Eleven dan restoran makanan segera KFC terus menjadi tumpuan.

Meskipun telah membuat permohonan maaf ekoran keterlanjurannya sebelum ini, namun tindak-tanduk Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long tetap dikec4mnetizen.

Terbaharu, nama Kak Long sekali lagi menjadi sebutan apabila membuat review makanan seperti ayam yang dimakannya daripada menu sebuah restoran.

Kak Long yang bersiaran secara langsung (live) di Facebook kelihatan teruja dan sedia menerima tawaran untuk melakukan review di laman sosial.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut gembira apabila bilangan pengikutnya di laman sosial semakin ramai, serta jumlah yang menontonnya secara ‘live’ juga meningkat.

kak long rayu 2

Kak Long bersama seorang anaknya dalam kejadian yang tular.

Keadaan itu membuatkan segelintir netizen mend4kwa dia bertindak sedemikian bagi meraih ‘views’ (tontonan) berikutan kejadian di 7-Eleven dan KFC bermula dari perkongsiannya sendiri secara ‘live’ di laman sosial.

Menyedari hakikat dirinya terus menjadi kecaman, Kak Long yang mempunyai lebih 23,000 pengikut di Facebook pada Rabu tampil memberi penjelasan dan sebab dia berbuat demikian.

Menurut peniaga kosmetik dan keropok itu, dia perlu mencari rezeki termasuk dengan melakukan review demi meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

“Saya kena teruskan kehidupan demi mencari rezeki untuk famili kecil kami. Saya berniaga pasar malam menjual kosmetik, kadang-kadang ada sikit, kadang-kadang ada banyak,” tulisnya menerusi satu posting di Facebook miliknya, awal pagi Rabu.

kak long rayu 4

Tangkap layar rakaman ketika Kak Long di KFC turut tular.

Tambah Kak Long, semangatnya untuk mencari rezeki itu juga untuk membina kekuatan ke atas dirinya susulan apa yang telah berlaku.

Sehubungan itu, dia sekali lagi merayu menerusi permohonan maaf agar masyarakat memberikan peluang kedua untuk dirinya menjalani kehidupan seperti biasa.

Tolong netizen, maafkan saya dan bagi saya peluang. Kasihanlah nasib anak-anak kecil saya.

WAN NOR BAIZURA

“Saya tak boleh lemah, nanti saya sakit. Anak-anak perlukan saya.

“Tolong netizen, maafkan saya dan bagi saya peluang. Kasihanlah nasib anak-anak kecil saya,” rayu Kak Long meminta belas ihsan masyarakat.

kak long rayu 1

Luahan Kak Long di Facebook.

Terdahulu, Kak Long mended4hkan dirinya kurang sihat dan mengalami dem4m serta sakit kepala akib4t memikirkan kontr0versi yang melanda.

Selain Kak Long, anak sulungnya iaitu Adam, 8, turut mengalami dem4m dan terkesan akan kes tular tersebut sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Apa yang berlaku biarlah jadi pengajaran untuk saya dan juga semua orang di luar sana. Insya-Allah ada rahmat atas apa yang terjadi,” ujarnya yang menyesali tindakannya menyer4ng staf 7-Eleven.

Selain isu 7-Eleven, Kak Long juga berharap isu dia dengan staf KFC akan reda dan tidak diperkatakan lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*