Gadis pan1k jari kejung di tempat kerja tapi masih mampu buat mini love, jumpa doktor kena gelak pula!

KEM4LANGAN, sakit, atau berlaku kejadian yang tidak diingini di tempat kerja adalah perkara biasa.

Jika berlaku situasi seperti itu, apa yang penting adalah bagaimana ia ditangani.

Begitulah yang berlaku kepada Nurul Nabila Azahari apabila jarinya tiba-tiba kej4ng dan tidak dapat diluruskan semula semasa dia sedang menulis.

Menurut gadis berusia 22 tahun ini, kejadian berlaku semasa dia sedang bekerja di sebuah klinik di Sungai Buloh, Selangor.

“Saya dekat tempat kerja masa tu. Kebetulan tempat kerja tengah tak cukup tenaga pekerja. Jadi kami yang bekerja ni semua kena kerja overtime.

“Overtime ni selang sehari, esok masuk syif biasa lepas tu lusa overtime balik. Jumlah masa bekerja saya kalau overtime sekitar 17 jam macam tu.

“Masa tu tengah menulis tiba-tiba jari jadi bengkok. Kawan dekat sebelah dah gelak tengok jari saya. Saya ingat kejap saja cramp tu jadi saya cuba rakam video buat ‘mini love’… tapi jadi semula kejung jari saya tu,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Gadis ini mula cem4s apabila jarinya tidak dapat dibengkokkan semula.

Imbas Bella yang bekerja sebagai pembantu klinik, dia berasa sangat panik ketika jarinya tidak boleh dibetulkan.

Malah, gadis ini berkata ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi cem4s seperti itu.

Tapi ada yang kesiankan saya. Siap ada yang tanya ni penyakit apa dan macam mana nak sembuhkan sebab baru pertama kali tengok.

BELLA

“Saya cuak tengok jari saya jadi macam tu sebab tak pernah lagi jadi sebelum-sebelum ni. Saya punya takut terus jadi auto pan1k.

“Saya terus lari pergi jumpa doktor dekat dalam bilik. Saya beritahu yang jari saya cramp tak boleh lurus. Sampai doktor pun gelakkan saya. Kejadian cramp tu terjadi dalam pukul 6 pagi. Kerap jugalah jadi macam tu dalam satu hari tu.

“Tapi lepas tu doktor jelaskan jadi macam tu sebab saya kurang air dalam badan. Saya pun memang tak suka minum air banyak. Alhamdulillah kejadian tu tak berulang setakat hari ni. Saya banyakkan minum air masak dan uruskan masa kerja betul-betul,” ujar Bella.

Bella bekerja sebagai seorang pembantu di sebuah klinik di Sungai Buloh.

Berikutan video yang tular, ramai netizen yang prihatin dengan bertanya mengenai keadaan dirinya.

Selain itu juga, ada yang mentertawakan gadis ini kerana menganggap apa yang dialaminya sebagai sesuatu yang lucu.

“Saya tengok komen dekat video tu rata-rata mereka anggap benda tu kelakar je, tak serius pun. Tapi saya sendiri tak ambil hati sebab saya pun bila ulang tengok balik pun saya ketawa.

Jelas Bella ini merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan situasi begini.

“Tapi ada yang kesiankan saya. Siap ada yang tanya ni peny4kit apa dan macam mana nak sembuhkan sebab baru pertama kali tengok.

“Tapi Alhamdulillah lepas saya uruskan masa dengan betul dah tak jadi kejadian macam tu. Kiranya tu kejadian pertama dan terakhir kali jadi dekat saya. Saya kerja overtime jadi saya rasa sebab penat je jadi macam tu,” ujar Bella.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*