Kali ni Cik Puan Gojes sponser cat bangunan sekolah, Baru semangat adik-adik nak datang sekolah

Cik Puan Gojes atau lebih popular dengan gelaran CPG iaitu seorang guru yang berkhidmat di salah satu sekolah di baling, kedah. Usaha murni CPG dalam membantu murid2 sekolahnya yang mempunyai masalah amatlah dipuji oleh masyarakat.

CPG yang juga merupakan seorang personaliti popular, menghulurkan bantuan kepada murid-murid yang kurang bernasib baik itu Walaupun Kadang2 ada yang tidak setuju dengan pendedahannya yang dikatakan seolah2 memalukan pelajar yang diberi bantuan itu.

Terkini, melalui aplikasi Tik Tok miliknya, CPG telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan beberapa buah sekolah yang diberikan sumbangan untuk mengecat bangunan sekolah supaya menjadi lebih ceria dan sedap dipandang mata.

Menurut beliau, sekolah itu diberikan nafas baru supaya para pelajar dan guru-guru yang berada di sekolah itu mendapat semangat baru dan penggunaan warna yang warna warni itu akan menimbulkan emosi yang ceria apabila melihatnya.

Video:

@cikpuangojes

Syukur padamu ya ALLAH

♬ original sound – Baida🍁 – Boo🍁

Menjengah ke ruangan komen pula ramai netizen yang memuji usaha murni yang dilakukan oleh CPG dan memuji penggunaan warna yang dilihat menceriakan lagi sekolah tersebut. Idea yang sangat bernas.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok cikpuangojes

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*