Mira Filzah Masih Ligat Bekerja Kaki Dah Makin Bengk4k

Usia kandungan pelakon jelita Mira Filzah sudah memasuki lapan bulan. Biarpun sudah memasuki trimester akhir, Mira masih aktif bekerja dan akan berehat bermula pada bulan Ramadan.

Ketika ditemui OhBulan!, Mira, 29, menyatakan dia sedang menghabiskan saki baki kerja yang dijangka berakhir pada 5 April ini.

Berkongsi perjalanan berbadan dua, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman mengalami sakit belakang selain kaki makin membengk4k.

Sekarang pun dah sarat, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih. Saya dah mula rasa sakit belakang, kaki pun dah bengk4k.

Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti.

Sementara itu, suami Mira iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar akui risau melihat sikap ‘workholic’ isteri tercinta yang seharian keluar bekerja.

Dia seorang yang bekerja keras kadang-kadang tu risau juga. Balik rumah dia mengadu sakit belakang, minta urut. Biasalah manja..

Dekat luar dia iron lady. Dia keluar seawal pagi kemudian balik lepas maghrib. Tapi itu la dia, seorang yang komited.

Mira dan Emir ditemui ketika Majlis Malam Women of Excellence Awards 2021/22 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada malam Khamis.

Mira menerima anugerah Excellent Achievement Award In Entertaintement Industry dalam bahagian lakonan yang disampaikan oleh ibu mentuanya, Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda memberitahu persiapan bagi menyambut cahaya mata sulung belum sepenuhnya selesai. Katanya, kebanyakan barang hanya dibeli atas talian kerana faktor kekangan masa.

Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak beli secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.

Bukan kerana bimbang akan v1rus Cov1d-19 sekarang sebab saya sendiri tak hadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa.

Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada ja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan selebihnya saya hanya berfikiran positif.

Pada Januari lalu, Mira berkongsi berita gembira di Instagram (IG) dengan mengesahkan dia kini sedang hamil.

Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*