“Doakan Semoga Semuanya Selamat,” – Nadya Syahera Bersalin, Suami Maklum Si Ibu Dem4m & Bayi Pula Dira4wat Di N1CU

Suami kepada pelakon, Nadya Syahera, Fizul Nawi menzahirkan rasa syukur kehadrat Illahi selepas isterinya dikhabarkan telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka tepat jam 6.30 pagi di Hospital Shah Alam.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizul menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.

Menurut Fizul, dia amat gembira kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram itu telah pun dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dipermudahkan semuanya.

“Terima kasih atas doa dan sokongan dari keluarga, sahabat dan semua,” tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memaklum Nadya telah mengalami simptom demam manakala bayinya pula terpaksa dir4wat di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (N1CU).

Lantaran itu, Fizul berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga anak dan isterinya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Keadaan selepas bersalin isteri saya demam dan baby ke nicu. Doakan semoga semuanya selamat.

“Baby 38 minggu. Berat 3.3kg. Tarikh dan waktu 25/03/2022, 6.30am. Tempat di Hospital Shah Alam,” kongsinya lagi.

Menerusi hantaran yang sama, Fizul turut mended4hkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka Barr Adam.

“Selamat datang ke dunia muhamad BARR ADAM BIN MOHAMAD HAFIZUL,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram stories pula, Nadya menyifatkan doanya untuk bersalin dengan mudah telah pun dimakbulkan Allah SWT.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_)

“Allah maha baik. Hari-hari minta permudahkan urusan bersalin. Memang Allah bagi rezeki. Mudah bersalin kali ini,” luahnya gembira.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fizul dan seluruh ahli keluarganya.

Untuk rekod, Fizul dan Nadya telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 25 September 2015.

Komen Netizen:

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.

Sumber: Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*