Tayang emas bersebab, wanita ini mahu jadi inspirasi suri rumah… tak sangka koleksi 3 tahun nak cecah RM1.9 juta, target 10kg akhir 2022!

VIDEO seorang kanak-kanak perempuan beraksi dengan wajah yang ceria di hadapan sejumlah barangan kemas yang tersusun di atas lantai mencvri perhatian.

Menerusi perkongsian di laman sosial, seorang wanita tampil menjelaskan bahawa niatnya sekadar untuk menunjukkan hasil menabung selama bertahun-tahun.

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nur Suhana Mohd Nawi berkata, kanak-kanak perempuan di dalam video itu sebenarnya merupakan salah seorang anaknya yang berusia 10 tahun.

kumpul emas 5 W

Ibu kepada lima cahaya mata itu memberitahu, sebagai wanita, dia mempunyai impian dan minat dalam mengumpul emas.

“Nak kumpul emas bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak. Penerimaannya bergantung kepada mindset seseorang.

“Saya jenis tak boleh pegang cash (wang tunai), nanti cepat habis dibelanjakan. Jadi, saya kena melabur dalam emas,” kata wanita berusia 29 tahun itu kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Nur Suhana mula mengumpul emas pada 2019.

Nur Suhana turut berkata, kehidupannya sejak mendirikan rumah tangga pada 2010 bukan mewah seperti yang digambarkan pada koleksi emasnya.

“Hidup saya dan suami dulu susah. Masa tu saya tak ada-apapun (aset), tiada apa yang boleh support. Nak minta tolong, hanya seorang dia je yang dapat bantu.

“Bisnes baju bundle saya usahakan pernah jatuh ketika berlaku banjir di Kuala Krai, Kelantan pada 2014. Masa tu nak survive memang susah,” ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh.

kumpul emas 4 W

Koleksi emas yang dikumpul Nur Suhana selama tiga tahun.

Menurut wanita itu, dia kemudian beralih kepada bisnes komestik bermula pada 2016 dan mempunyai sedikit barangan kemas.

“Syukur alhamdulillah, bisnes komestik ada perkembangan dan bermula pada 2019, saya mengasingkan keuntungan saya untuk emas, komitmen dan cash.

“Dalam tempoh tiga tahun, saya mempunyai koleksi emas lebih 7 kilogram (kg). Dengan harga emas semasa kira-kira RM270 segram, ia bernilai hampir RM1.9 juta,” tambahnya.

kumpul emas 2

Nur Suhana berdepan cabaran ketika berniaga baju bundle.

Bagi Nur Suhana, emas yang dikumpulnya dijadikan sebagai pelaburan untuk masa depan keluarga terutama anak-anak.

“Kita tak tahu apa yang berlaku di hadapan, pada saya dan suami serta keluarga. Emas jadi penyelamat bila hari sakit atau hari terdesak

“Ya rumah atau tanah juga aset. Tapi benda ambil masa untuk terjual dan ada prosedur. Kalau emas, bila-bila ada kecem4san, transaksinya lebih cepat tanpa perlu kos yang banyak untuk menyimpan,” katanya.

kumpul emas 3

Nur Suhana kini bergelar usahawan kosmetik.

Malah kata usahawan kosmetik itu, video yang dikongsinya di laman sosial bagi memberi inspirasi kepada wanita terutama suri rumah supaya membuat pelaburan emas.

“Saya sebelum ini juga suri rumah. Semestinya suami bagi nafkah setiap bulan, contoh nafkah RM300, takkan habiskan RM300 semua? Kalau kata nak tarik RM100 buat modal bisnes, sekarang ni terlalu banyak syarikat buka peluang perniagaan tanpa modal.

Nak kumpul emas bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak. Penerimaannya bergantung kepada mindset seseorang.

NUR SUHANA

“Daripada sibuk komen itu ini atau bertiktok tanpa hala tuju, baiklah buat bisnes dari rumah. 24 jam jadi suri rumah dengan sibuk jaga anak, memask lagi bukan alasan.

“Suri rumah lagi senang nak cari duit bila-bila masa dari rumah je. Up posting kat Facebook, lepas tu sambung buat kerja, datang balik untuk close sale,” katanya yang berpengalaman berniaga dalam talian antaranya cadar dan kosmetik.

kumpul emas 6

Nur Suhana mahu memberi inspirasi kepada wanita terutama suri rumah.

Nur Suhana berkata, antara pengorbanan terbesarnya adalah mengurangkan perbelanjaan dari segi pelancongan terutama destinasi luar negara.

“Saya letak target nak cukupkan koleksi emas 10kg. Lagi 3kg yang saya target menjelang akhir tahun ini, insya-Allah,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*