Aedy Ashraf melutut lamar Amelia Henderson depan orang ramai, dua tahun ambil masa sebelum luah perasaan

TIADA lagi rahsia, pelakon Aedy Ashraf akhirnya memberanikan diri melamar Amelia Henderson untuk dijadikan kekasih.

Menerusi rakaman yang dikongsi peminat di media sosial, Aedy melutut dan bertanyakan adakah Amelia sudah menjadi kekasihnya.

“Adakah awak sudi menjadi kekasih saya?” tanya Aedy.

Amelia pula secara spontan menerima lamaran tersebut dan Aedy kelihatan gembira dengan jawapan yang diberikan.

“Ya!” jawab Amelia ringkas.

Aedy berbuat demikian ketika di acara Absolut Food Festival 2022 yang sedang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

aedy

Aedy dan Amelia pernah digandingkan dalam drama sebelum ini

Aedy turut memberitahu sudah menunggu dua tahun untuk mengajak Amelia menjadi kekasihnya.

“Sudah dua tahun saya menunggu waktu ini,” ujar Aedy lagi.

Rata-rata netizen juga tumpah gembira melihat reaksi tersebut dan berharap ini bukanlah satu g1mik yang disengajakan oleh mereka berdua.

Sudah dua tahun saya menunggu waktu ini

AEDY ASHRAF

PELAKON

Untuk rekod Amelia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Tunku Harunnarasheed Putra pada tahun 2015 namun bercer4i selepas tiga tahun kemudian.

Dalam satu temubual bersama mStar sebelum ini, Amelia mengakui berkawan rapat dengan Aedy.

Kedua-dua mereka pernah digandingkan dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*