‘Tak perlu pakai topeng untuk jadi wira’

Seorang penunggang motosikal menerima pujian ramai kerana tindakan murninya membersihkan saluran tersumbat bagi mengalirkan air dalam kejadian banjir kilat di sebuah jalan raya baru-baru ini.

Tindakan spontan lelaki berkenaan sempat dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum rakaman video itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar kawasan Damansara, namun tarikh dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Berdasarkan video dikongsi Arinh.Ahmd di akaun Facebooknya hari ini, dapat dilihat seorang lelaki yang juga penunggang motosikal secara bersendirian mengalihkan plastik sampah yang tersumbat di bahu jalan sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.

“Ramai yang mampu memiliki kereta mewah, tapi hanya satu dalam sejuta yang mampu membuat perkara yang sebegini,” komen Sal Saba.

Video:

Ammar Syahiran pula melabel perbuatan lelaki berkenaan sebagai sangat hebat.

“Tak perlu pakai topeng untuk jadi wira, cukup pakai helmet,” komennya.

Sementara itu, ada juga pengguna yang meluahkan kekecewaan mereka dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang membuang sampah di merata-rata sehingga mengakib4tkan longkang tersumbat.

“Kita sering menyalahkan orang lain namun tidak diri sendiri, kita haruslah didik diri kita ini menjadi lebih baik supaya boleh menjadi ikutan kepada anak-anak kita nanti,” kata Ha Bi Mo,”.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.kosmo.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*