Asyik lesu, wajah tak bermaya… Dr Che Hafiz kongsi tip sentiasa cergas, kulit sihat sepanjang Ramadan!

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga.

Sudah pasti, setiap daripada kita inginkan fizikal yang sihat dan kesihatan mental dalam keadaan optimum agar dapat menjalani ibadah itu termasuk menunaikan solat sunat Tarawih dengan bersemangat tanpa halangan.

Apatah lagi apabila memasuki 10 hari terakhir Ramadan, sudah pasti kita semua akan mengejar melakukan ibadah bagi mengejar malam Lailatul Qadar.

213771574_123530159942864_4955933677035622834_n

Dr Che Hafiz menegaskan penting untuk seseorang terus kekal aktif dan cergas sepanjang Ramadan.

Pengasas Regalion Clinic, Dr Che Hafiz memberitahu terdapat pelbagai tip dan langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan seseorang masih dapat kekal aktif, sihat dan cergas sepanjang bulan puasa.

Tidak hanya itu kata Dr Che Hafiz, wajah juga boleh sentiasa kelihatan ceria dan tidak kelihatan lesu meskipun berpuasa.

Pegawai perubatan itu turut berkongsi pelbagai tip agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, iaitu;

Muka kering

1. Pelembab muka

Gunakan pelembab muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dan jangan terlalu kerap mencuci muka ketika berpuasa kerana ia boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering selain membuatkan kulit menjadi kusam dan nampak tidak bermaya.

Air Putih

2. Minum air putih secukupnya ketika bersahur

Umat Islam di Malaysia dijangka berpuasa selama 13 ke 14 jam dan atas sebab itu sekiranya kurang minum air ketika bersahur ia boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan tubvh akan lebih mudah berasa letih.

Tidak hanya itu, kekuatan mental juga boleh terjejas sekiranya badan tidak mendapat air secukupnya.

Meskipun kita disarankan untuk minum air putih sekurang-kurangnya dua liter sehari, seseorang dinasihatkan untuk bijak membahagikan kuantiti air yang diminum agar cukup untuk keperluan tubvh dalam tempoh 24 jam.

Senaman

3. Bersenam ikut kemampuan

Berpuasa bukan bererti seseorang tidak boleh melakukan senaman. Bagaimanapun, seseorang perlu tahu akan kemampuan diri dan tidak melakukan gerakan berlebihan.

Jika sebelum ini seseorang bersenam selama dua jam di pusat kecergasan, tempoh itu boleh dikurangkan kepada 45 minit untuk setiap sesi dengan intensiti lebih ringan.

Sebagai contoh bagi mereka yang menghidapi masalah penyakit sendi seperti osteoarthritis, golongan ini boleh memilih aktiviti seperti berenang.

Selain itu pilih waktu bersenam seperti sejam sebelum berbuka atau selepas solat Tarawih tetapi lakukan senaman sederhana.

4. Makanan seimbang

Jangan makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa dan mengikut nafsu semata-mata. Cuba amalkan berbuka dengan buah kurma yang terbukti memiliki pelbagai manfaat.

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula tinggi, kafein dan minuman berkarbonat terutamanya ketika bersahur kerana ia boleh membuatkan seseorang mudah letih dan lapar ketika berpuasa.

Anda juga digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kandungan garam di dalam masakan terutamanya ketika bersahur. Kurangkan juga makanan berminyak kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.

Lebihkan protein dan serat dalam sajian ketika sahur dan berbuka bagi membolehkan tubvh kekal bertenaga, sihat dan cergas.

Tidur

5. Tidur dan rehat secukupnya

Sudah pasti waktu tidur kita akan berubah sepanjang bulan Ramadan tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk mendapat tidur dan rehat secukupnya kerana ia cukup penting dalam memastikan badan tidak mudah menjadi letih ketika berpuasa.

Kurang tidur boleh membuatkan seseorang menjadi malas, perubahan mood dan tidak bersemangat untuk melakukan solat Tarawih pada waktu malam.

6. Power nap

Boleh lakukan power nap selama 20 ke 30 minit terutamanya kepada mereka yang rajin bangun pada tengah malam untuk melakukan ibadah supaya dapat kekal bertenaga pada waktu siang.

1467508

7. Disiplin

Cuba belajar disiplinkan diri untuk sentiasa bangun sahur setiap hari seperti meletakkan sasaran bangun pada pukul 5 pagi setiap hari.

Segerakan berbuka puasa dan jangan melewatkan waktu berbuka. Disiplin ketika berpuasa boleh membantu seseorang lebih fokus.

Doctor sitting at desk and writing a prescription for her patient

8. Nasihat doktor

Sekiranya berlaku perubahan pada wajah atau masalah kulit seperti kering, merekah ketika berpuasa, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor bagi mengelak masalah itu bertambah p4rah.

“Semoga tip ini dapat membantu anda mengekalkan tahap kualiti kesihatan dalam usaha memiliki tubvh badan yang sentiasa cergas dan aktif serta wajah sentiasa kelihatan ceria dan awet muda.

“Ingat, puasa di bulan Ramadan bukan alasan untuk seseorang berhenti mengamalkan gaya hidup sihat dan sempurna,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*