Son Ye Jin, Hyun Bin Ded4h Foto Perkahwinan, Cantiknya Pakai Baju Pengantin! Simple & Sweet

Bukan fantasi tapi realiti! Pelakon terkenal Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin kini bergelar suami isteri.

Sebagai tanda ingatan buat peminat, agensi Hyun Bin, VAST Entertainment mendedahkan dua foto perkahwinan pasangan ini.

“Diharapkan anda semua memahami bahawa majlis perkahwinan ini diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi semasa COV1D-19.

Kami akan berkongsi berita mengenai pasangan ini menerusi foto perkahwinan mereka,” jelas kenyataan itu.

Menerusi foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah berseri Ye Jin yang tersenyum sambil memegang tangan suaminya, Hyun Bin. 

Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung hari ini bertempat di Aston House, Seoul Walker Hill Hotel. Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian penyanyi terkenal, Gummy dan Kim Bum Soo.

Menariknya, lagu yang dinyanyikan merupakan salah satu runut bunyi dalam drama Crash Landing On You iaitu Give You My Heart yang dilakonkan oleh pasangan ini.

Terdahulu, pasangan bintang drama fenomena Crash Landing On You ini disahkan bercinta pada 1 Januari 2021.

Berita itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea, Dispatch. Sebelum ini Hyun Bin dan Ye Jin pernah digos1pkan bercinta pada 2018 namun pasangan ini menafikan perkata itu.

Bagaimanapun pada Januari 2019, pasangan ini sekali lagi dilihat bersama di Amerika. Sekitar Januari 2020, Hyun Bin dan Ye Jin kembali digos1pkan sehingga ada desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*