Bapa letak hantaran RM7,000… wanita ada master, kerja stabil tak kisah suami bergelar pelajar buat part-time rider Foodpanda

MUNGKIN bagi segelintir wanita, mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan dan kerjaya sebagai pasangan hidup.

Namun bak kata pepatah, harta, pangkat mahupun keturunan bukanlah segala-galanya.

Begitu juga kisahnya dengan wanita ini yang memilih lelaki biasa, malah lebih muda daripada usianya untuk dijadikan sebagai suami.

Memiliki kerjaya yang stabil di sebuah syarikat korporat di Selangor, Siti Nurfatin Izzaty Ahmad Izaham, 28, yang juga pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sastera mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Muhamad Fitri Anaqi, 23, yang kini masih menuntut di sebuah universiti tempatan.

suami 1

Muhamad Fitri yang juga penuntut semester lima, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan turut melakukan kerja ‘part time’ sebagai seorang penghantar makanan (rider).

Mengimbas kembali perkenalan mereka, wanita yang senang disapa sebagai Fatin berkata, dia dan suami pertama kali bersua dalam satu kejohanan sukan pada 2018.

“Kebetulan adik saya juga aktif bersukan. Saya ternampak dia dalam satu kejohanan pada Mei 2018 tapi kami tak mengenali satu sama lain pun.

“Beberapa bulan kemudian, dia follow akaun Instagram saya tapi saya tak sedar sehinggalah dia memberanikan diri menghantar mesej menerusi Direct Message (DM). Barulah saya follow dia di Instagram kembali.

Video:

@sitinurfatinizzaty

Reply to @asnawisalleh Cinta terbaik💗

♬ original sound – qbz117962b

Fatin tetap berdiri di belakang suaminya dan berada di setiap jatuh bangun lelaki tersebut.

“Daripada DM, kami bertukar nombor WhatsApp. Dia kemudian datang ke Pulau Pinang untuk bertemu saya dan ajak ke kenduri keluarganya. Di situ, dia pertemukan saya dengan keluarganya buat pertama kali.

“Namun ketika itu kami masih berkawan dan tiada hubungan istimewa pun. Sehinggalah pada Disember 2018, dia ‘injvred’ dan jalani pembed4han ACL (Anterior Cruciate Ligament). Dia minta saya datang melawat, selepas itu pada Januari 2019, barulah kami ‘declare’,” ceritanya.

Sepanjang menjalinkan percintaan, Fatin berkata kedua-dua belah keluarga tidak mempunyai halangan malah merestui hubungan mereka.

“Ayah saya sendiri berpandangan, selagi lelaki itu boleh jaga anaknya, dia okay. Ayah nampak kesungguhan teman lelaki buat Foodpanda sambil belajar, demi nak halalkan saya. Pada mulanya ayah hanya tetapkan wang hantaran yang lebih rendah, tapi dia tegaskan nak beri lebih sikit iaitu RM7,000.

suami 3

Pasangan ini diijabkabulkan pada 13 Mac tahun lalu.

“Ayah langsung tak jadikan ukuran tingginya pendidikan seseorang, bermakna wang hantaran pun kena tinggi. Sebab padanya, pendidikan adalah tanggungjawab ibu bapa. Hantaran itu hanya hadiah daripada lelaki.

“Lagipun, kenapa perlu menyulitkan keadaan sedangkan anak-anak nak buat perkara yang baik,” ceritanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Fatin dan suami selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Mac tahun lalu.

Ayah langsung tak jadikan ukuran tingginya pendidikan seseorang, bermakna wang hantaran pun kena tinggi.

SITI NURFATIN IZZATY AHMAD IZAHAM

“Cabaran perkahwinan, bagi saya biasa saja. Walaupun suami lebih muda tapi dia matang kerana dia anak sulung daripada lima beradik. Dialah yang memikul tanggungjawab kepada keluarganya selepas kematian arwah bapa,” katanya.

Sekadar membuat perkongsian kisahnya dan suami di aplikasi TikTok untuk dijadikan kenangan sempena usia setahun perkahwinan mereka, Fatin berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut meraih sehingga melebihi 539,000 jumlah tontonan.

suami 2

Fatin bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan bertanggungjawab meskipun lima tahun lebih muda daripada usianya.

“Alhamdulillah, banyak yang komen positif. Sebenarnya bagi saya, bab hantaran itu tak boleh ditentukan dari segi pendidikan. Namun terpulang kepada pandangan masing-masing.

“Bagi lelaki pula, tunjukkan kesungguhan sekiranya mahu berkahwin dengan wanita pilihannya.

“Dalam perkahwinan, kena give and take. Saya pilih dia untuk ‘grow’ bersama-sama. Untuk saya, buat masa sekarang, kewangan bukan isu utama. Kami cuba untuk saling melengkapi. Itulah makna perkahwinan,” akhirinya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*