“Haiwan juga tahu rindu,” – [VIDEO] Gelagat anjing sambut kepulangan tuan buat ramai terh4ru

Seperti juga manusia, binatang seperti anjing dan kucing mempunyai sifat kasih sayang, setia serta rindu kepada pemiliknya.

Perkara itu terbukti menerusi satu perkongsian di laman Tiktok paandichelsea yang memaparkan kisah dua ekor anjing yang sangat ‘gembira’ apabila dapat bertemu tuannya.

Difahamkan, kedua-dua ekor haiwan tersebut sudah lama tidak bertemu pemiliknya kerana dipercayai lelaki terbabit berada di luar negara dan tidak dapat pulang susulan penutupan sempadan sebelum ini.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit 1 minit 52 saat itu, kelihatan dua ekor anjing sangat teruja apabila melihat kelibat lelaki berkenaan di luar pintu pagar sebuah kediaman.

Lelaki itu kemudiannya disambut mesra oleh salah seekor anjingnya apabila dia membuka pintu sehingga kedua-duanya dilihat saling ‘berpelvkan’.

Video:

@paandichelsea

Finally after 486 days….. I meet my babies Simba and Nala🥰😭☹️#goldenretriever #lehlusimbanala #singaporelockdownparithapangal #doglover #simba #Nala

♬ original sound – 🔵Paandi Chelsea🔵 – 🔵Paandi Chelsea🔵

Klip video itu juga turut memaparkan aksi manja dua ekor haiwan itu sehingga pemiliknya terpaksa mendukung dan berbaring bersama haiwan terbabit.

Ketika artikel ini ditulis, ianya telah mendapat 1.1 juta tontonan, 115.6k tanda suka dan pelbagai komen netizen yang rata-rata terharu apabila melihat ‘keakraban’ antara manusia dan haiwan.

Komen netizen:

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*