“Akhirnya tahu siapa dia!” – [VIDEO] Teka-teki Gadis Menari Sampai ‘Masuk’ Berita Terjawab

Melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan atau sedikit memalukan biasanya kita akan buat di tempat yang tersembunyi, risau perbuatan kita itu akan dilihat orang lain. Betul tak?

Bila dah terk4ntoi mesti malu sangat kan? Itulah yang terjadi kepada seorang gadis ini, apabila dia sedang sibuk menari di tempat awam, tiba-tiba dia dirakam oleh berita dan videonya itu telah tular bukan sahaja di media sosial malah dalam kaca TV juga!

“Orang buat TikTok nak masuk FYP, kau masuk berita terus!” 

Seorang personaliti TikTok yang sedang terkenal dengan nama @mamatgotnochill, semalam memuat naik video pendek tersebut.

Video itu merakamkan suasana bandar di Kuala Lumpur dan terlihat kelibat seorang gadis sedang menari dengan berbaju kebaya.

Video:

@mamatgotnochill

Cari akak ni sampai jumpa #fyp #foryou

♬ original sound – Mamatgotnochill – Mamatgotnochill

Kapsyen video tersebut seolah mengajak netizen untuk mencari siapakah gadis berkebaya itu.

“Saya lah tu!” 

Tidak lama selepas video itu tular, akhirnya muncul sebuah video menunjukkan seorang gadis berbangsa Cina menari lagu bertema hari raya.

Video:

@gigicheoh

Ya…itulah saya yang di berita @tv3malaysia 😂 I just want to wish all Muslims Salam Ramadan & Selamat Berpuasa ☺️❤️🇲🇾 #1Malaysia #fyp 😂

♬ Pejam Celik Hari Raya – Iman Troye

Difahamkan, gadis dengan nama @gigicheoh di TikTok itu memuat naik video tersebut untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia.

“Ya…itulah saya yang di berita @tv3malaysia 😂 I just want to wish all Muslims Salam Ramadan & Selamat Berpuasa”

Video itu memaparkan dirinya menari berlatar belakangkan bangunan ikonik di Lembah Klang seperti Masjid Putrajaya serta Bangunan Sultan Abdul Samad.

Cantik betul video dia, tak sia-sia masuk berita !

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://lobakmerah.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*