“Vokalnya Sama Seperti Dulu, Macam Dalam Piring Hitam,” – Rakam Semula Lagu Raya Dengan Sanisah Huri, Ajai Kongsi Pengalaman

Komposer terkenal, Ajai mengakui berasa amat bertuah apabila berksempatan untuk berkerjasama dengan penyanyi senior, Sanisah Huri untuk merakamkan semula beberapa buah lagu raya untuk projek album, Gema Lebaran Lagenda.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, lagu-lagu raya yang dipopularkan oleh Sanisah Huri akan sentiasa menjadi lagu ikonik untuk menghidupkan suasana di bulan Ramadan dan Syawal.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ajai mended4hkan pengalaman merakamkan album tersebut tidak akan pernah dilupakannya sampai bila-bila.

“Sebuah album yang pernah saya terbitkan 4 tahun lalu ‘Gema Lebaran Legenda’. Ini adalah kenangan terindah yang tidak dapat saya lupakan. Di mana saya dapat menerbitkan semula lagu-lagu nyanyian dari Sanisah Huri.

“Saya rekodkan muzik dan bunyian baru mengikut arrangement asal. Tiga buah lagu darinya yang ‘malah segar’ dan ‘malar hijau’ adalah Joget Aidilfitri, Aidilfitri dan Bersabarlah Sayang.

“Setiap kali datangnya bulan Ramadan, sebelum menjelang ‘Syawal’ pasti lagunya akan berkumandang dan secara tidak langsung lagu-lagunya menghidupkan suasana itu,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

Penyanyi lagu Keliru itu turut menambah, vokal Sanisah Huri sewaktu merakamkan lagu-lagu tersebut, masih lagi saling tak tumpah seperti di piring hitam.

“Vokalnya masih lagi seperti dulu kala. Macam bunyi dalam piring hitam. Syukur Alhamdulillah dia diberikan kekuatan.

“Saya doakan, moga ibu Sanisah Huri sentiasa diberikan kesihatan dan dipelihara Allah. Terima kasih untuk kenangan terindah ini,” kongsinya lagi.

Menerusi entri yang sama, Ajai turut berkongsi beberapa klip video sewaktu mereka mengadakan latihan sebelum sesi rakaman dimulakan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Sanisah Huri sebagai antara penyanyi yang baik sepanjang zaman.

Komen netizen:

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*