
Pelakon dan hos, Awal Ashaari termasuk isterinya juga pelakon, Scha Alyahya bersama dua anak perempuan mereka iaitu Lara Alana, 7, dan Lila Amina, setahun, bersyukur selepas dilantik menjadi duta lampin jenama antarabangsa, Molfix.
Sambil menyifatkan ia sebagai rezeki anak-anak, Awal,41, nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, mereka turut berada Istanbul, Turki bagi menjalani penggambaran iklan jenama berkenaan.
“Alhamdulillah, rezeki anak dan bulan Ramadan,” kata pengacara terkenal Awal Ashaari apabila dia sekeluarga.
“Satu pengalaman baru bila dapat berkunjung ke negara asal Molfix dan dapat belajar bagaimana lampin dihasilkan. Banyak kajian sudah dibuat terhadap gaya hidup bayi Asia untuk mencipta sesuatu yang sesuai untuk bayi Malaysia kita.
“Jenama antarabangsa ini khusus dalam lampin dan kain lap untuk bayi dan sudah menjadi peneraju pasaran dalam Eropah dan banyak bahagian dunia selama lebih 20 tahun.
“Hari ini, mereka adalah antara pengeluar lampin terbesar di dunia, dan kini berada Malaysia. Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Molfix,” katanya.
View this post on Instagram
Perlantikan tersebut sekaligus menjadikan mereka sebagai duta pertama jenama bagi pasaran dalam negara.
Sementara itu, Scha menyifatkan pelantikan mereka sekeluarga adalah rezeki anak keduanya, Lila.
“Alhamdulillah, ini rezeki Lila. Kami sekeluarga menjadi duta selama dua tahun. Sudah beberapa hari kami menjalani penggambaran dan ia baru sahaja selesai,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : MH
Leave a Reply