“Ramai benci” – Tinggal Di Rumah Usang, Netizen Luluh Dengar Pengalaman Pahit Adik Akid

Setiap orang pasti mahukan kehidupan yang selesa dan senang, betul tak? Pun begitu, pada zaman yang semakin maju ini, masih lagi ada beberapa insan yang belum mampu untuk merasakan semua itu.

Baru-baru ini, tular klip video di media sosial mengenai seorang budak lelaki dikenali sebagai Akid yang terpaksa tinggal di rumah usang hampir roboh bersama keluarganya.

Menurut K! Online, rumah keluarganya yang terletak di Kota Bharu, Kelantan itu telah roboh pada Oktober lalu kerana dilanda angin kuat tambah pula dengan struktur rumah yang telah lama dan reput.

“Mak abah tak mampu nak beli rumah besar”- Ujar Akid

“Ada orang kata kami lapar ked4rah”

Akid juga turut kongsikan pengalaman peritnya untuk meneruskan hidup bersama keluarganya dengan melakukan pelbagai kerja terutamanya di surau dengan mengemas dan mencuci tandas.

Saat ditanya berapa wang yang diperoleh hasil kerja-kerja itu, ini jawab Akid…

“Kadang-kadang dapatlah 6 ringgit macamtu. Akid beli bawang merah, tepung untuk buat makan” – Tambah Akid

Dalam nada sedih menahan seb4k, Akid akui orang sekeliling pernah menggelar mereka sejenis yang suka meminta duit orang walaupun telah lakukan pelbagai kerja demi mendapatkan sesuap nasi.

Video:

@myfundaction

Cuba tengok toilet dorang 😭 #fyp

♬ suara asli – semangat yuk

Perkongsian itu telah menyebabkan netizen berasa sedih dan luluh apabila Akid mengatakan ramai yang membenci dirinya dan keluarga. Tak kurang juga yang beri kata-kata semangat untuk Akid agar terus tabah.

 

Difahamkan sekarang ni pihak NGO telah membuat keputusan untuk membina rumah baru buat Akid sekeluarga. Min harap supaya semua urusan dipermudahkan ya!

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://lobakmerah.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*