Baru Masuk Usia 6 Tahun, Hairul Azreen Bangga Yusuf Berjaya Puasa Sehari Penuh

Apabila bulan ramadan tiba, kesemua umat islam dewasa yang berkemampuan fizikal dan ment4l diwajibkan berpuasa tetapi menurut menurut Pejabat Mufti Persekutuan, para mufti bersetuju bahawa kanak-kanak yang masih belum baligh tidak Diwajibkan untuk berpuasa.

Tetapi para ibu bapa tetap mengajarkan anak-anak mereka yang masih kecil untuk belajar berpuasa walaupun separuh hari, ianya untuk mengajar mereka sedikit demi sedikit pengalaman berpuasa dan seronoknya waktu berbuka apabila belajar berpuasa seharian.

Putera sulung kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusof Iskandar juga tidak terkecuali untuk belajar berpuasa penuh seharian. Perkongsian terbaru oleh Hanis Zalikha di media sosial Instagram mengenai putera sulungnya itu yang juga bangun bersahur untuk belajar berpuasa seharian.

Pasangan itu juga sempat berkongsi moment apabila yusof yang tertidur keletihan berpuasa dan sempat mengikut mereka ke Bazaar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa mereka walaupun agak tidak bermaya. Walaupun masih kecil tetapi usahanya itu membuatkan ramai yang memuji kesungguhan Yusof.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Tatkala meninjau ke ruangan komen pula, ramai netizen yang meluahkan rasa terharu dan bangga mereka melihat usaha yang ditunjukkan oleh Yusof dan memuji usaha baik yang dilakukan pasangan itu untuk memupuk budaya berpuasa walaupun kanak-kanak itu masih kecil.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Instgram theyusufiskandar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*