Potong Rambut Pendek, Peminat Iringi Doa Buat Anuar Zain Sebelum Berangkat Ke Syria

Penampilan terbaharu penyanyi popular Anuar Zain dengan berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria menarik perhatian netizen.

Dalam hantaran di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.

“Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti,” tulis Anuar.

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji keterampilan pelantun lagu Lelaki Ini yang nampak lebih kemas dengan imej rambut pendeknya.

“Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I’ll join you!

“Wah dah potong rambutlah…

“Rambut baru… Safe flight.

“Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana,” tulis beberapa pengguna di Instagram Anuar.

 Dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.

Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada target sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingg 2 Mei 2022.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shahrul Anuar Zain (@anuarzain70)

Bagaimanapun Syria care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).

Antara inisiatif tambahan yang dilakukan menerusi OderFood, kaedah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian dengan beberapa pakej dan harga bantuan makanan.

i. RM15.00 untuk set iftar. Hidangan nasi arab, ayam, kekacang, salad, buah-buahan dan minuman yogurt yang boleh dinikmati 3 orang.

ii. RM150.00 untuk sekotak pek makanan kering.

Bahan makanan asas seperti beras, bijirin gandum, roti, minyak masak, gula, garam, pasta, tepung, kekacang, makanan di dalam tin, keju dan lain-lain mengikut keperluan bagi manfaat sebuah keluarga.

Komen Netizen:

Langkah-langkah untuk membuat sumbangan melalui OderFood adalah seperti berikut:

i. Layari www.oderfood.my

ii. Pilih pakej pesanan anda ▶️ OderFood 15 (set iftar) ▶️ OderFood 150 (pek makanan kering)

iii. Selesaikan bayaran. iv.

Pesanan anda akan dihantar ke Syria.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*