“Mungkin Sudah Tiba Masanya…”- Daiyan Trisha Doa Jodoh Di Jabal Rahmah

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa di Jabal Rahmah, Makkah agar dikurniakan seorang suami yang baik buatnya.

Kata Daiyan sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Jabal Rahmah merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

“Jadi mengikut apa yang ramai katakan, jika berdoa meminta jodoh, di sinilah tempatnya.

Jadi, jangan persoalkan jika saya melakukan perkara sama “Ya Allah ya Tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Mungkin sudah tiba masanya, aminkan cepat,”katanya. Pelakon Projek: Anchor SPM berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya yang berada di situ. Dalam masa yang sama Daiyan turut akui pengalaman pertamanya mengerjakan ibadah umrah adalah sesuatu yang bermakna buat dirinya.

Daiyan dan keluarga bertolak ke tanah suci pada 10 April lalu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*