Enot Tak Terfikir Mahu Kahwin Lagi Lepas Dapat Cucu; “Sampaikan Ada Orang Tudvh Saya Lesb1an.”

Setelah 13 tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon dan pelawak Enot Abdullah menjelaskan hatinya kini seakan ‘tertutup’ untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas dua kali gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.

Menurut Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 44, kehidupannya kini bahagia dikelilingi anak-anak dan cucu tercinta yang sentiasa menceriakan harinya.

“Dulu masa umur saya belum mencecah 40 tahun, ada juga rasa nak cari pengganti… cuma lepas dah dapat cucu pada tahun lalu, keinginan untuk kembali berumah tangga itu dah tiada sampaikan ada orang tudvh saya lesb1an.

“Anak-anak pun seperti keberatan untuk saya berkahwin semula. Sampaikan bila saya usik kata ada orang nak masuk meminang, anak-anak suruh saya fikir baik-baik dulu,” katanya kepada Media Hiburan.

Enot ditemui pada majlis sidang media festival jualan Ad Hoc Raya 2022 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Selain itu Enot turut menjawab dakwaan mulut-mulut nak4l yang mengatakan dirinya seorang lesb1an disebabkan ‘keengganannya’ untuk kembali bergelar isteri.

Menurut Enot, sejak daripada kecil dia sudah terbiasa berkawan dengan rakan-rakan wanita yang berperwatakan seperti lelaki kerana mereka sama-sama belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban, Negeri Sembilan.

“Memang ramai yang ingat saya lesbian tetapi ramai yang tak tahu dahulu saya bersekolah di Sekolah Menengah Convent Seremban. Jadi, kebanyakan rakan sekolah saya ramai berperwatakan seperti lelaki.

“Dulu di sekolah pun saya memang aktif bermain sukan softball malah kawan-kawan pun ada yang memanggil saya dengan panggilan ‘Abang Ali’. Setakat panggil ‘sayang’ sesama rakan wanita pun ia benda normal bagi kami,” katanya lagi.

Untuk rekod, Enot mempunyai dua anak perempuan iaitu Andriana Balqis, 21, dan Ariana Qaseh Qistina, 15, menerusi perkahwinan pertamanya.

Foto:  Instagram Enot

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*