Ibu Bapa Mat Dan Risau Gaya Hidupnya Berubah Jika Pindah Ke England Semula

Sudah menetap di Malaysia sejak usia 19 tahun lagi, Mat Dan berkata ibu bapanya tidak menyuruh dia balik atau menetap semula di kampung halamannya di Bristol, England.

Menurut Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, ibu bapanya bimbang jika cara hidupnya berubah jika kembali berpindah ke sana apatah lagi gaya hidupnya terdahulu agak tidak menentu.

“Kalau saya nak balik ke sana (England), saya kena bina hidup semula dari bawah sedangkan kawan-kawan di sana sudah berada di atas.

“Dulu bila cakap saya rindu kampung halaman, ibu bapa suruh saya fikir masak-masak. Mereka kata bukan tak nak saya balik ke sana, tapi mereka nampak perbezaan apabila saya berada di Malaysia berbanding di sana.

“Ini kerana gaya hidup saya di sana sebelum datang ke sini agak tidak menentu juga. Bukanlah jah4t tapi tak seberapa dan mereka takut kehidupan saya jadi seperti begitu semula jika kembali ke sana,” katanya.

Bagaimanapun, Mat DAn berkata dia tidak menolak kemungkinan jika ada alasan kukuh untuk kembali ke negaranya.

“Kita tak tahu, mungkin bila anak saya sudah besar dan dapat bersekolah di sana. Jadi, saya tak boleh kata nak menolaklah,” katanya.

Kini menjadi penyampai radio di Molek FM sejak awal tahun ini, Mat Dan meluahkan rasa syukur kerana dia cukup terkesan ketika pandemik.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya kehilangan banyak kerja sampingan dan buntu di rumah. Kalau sebelum ini bujang tak ada masalah, tapi sekarang sudah ada dua anak, mereka perlu saya tanggung.

“Dalam hati saya kata tak boleh jadi begini, kena cari kerja yang stabil dan menjamin. Selama 13 tahun saya berada di Malaysia, inilah pertama kali saya dapat kerja yang betul-betul tetap,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*