“Tak Adalah Aku Set Nak Jadi Pelakon Udah Jual Kepek Bagai” – Kiah Propa Tak Sangka Ada Rezeki Berlakon

Pelakon drama Jangan Menangis Cinta, Kiah Propa tidak pernah terlintas langsung untuk menceburi bidang lakonan.

Menurut Kiah, dia sendiri tidak menyangka mempunyai rezeki dan diberi peluang untuk bekerja sebagai seorang pelakon.

“Tidak pernah terlintas hati ini untuk terjun dalam dunia lakonan. Aku belajo diploma accounting degree mascomm.

“Tak adalah aku set nak jadi pelakon udah jual daging dendeng, jual kerepek bagai. Tapi ini adalah rezeki yang Allah bagi dan dah ditetapkan.

“Pada aku bila ada peluang datangnya rezeki untuk berlakon aku tak tolak melainkan aku ada hal perniagaan aku yang tak boleh nak elak.

“Aku pegang pada apa aku buat, aku buat sehabis baik. Aku bagi bukan 100 peratus tapi aku bagi 200 peratus,” coretnya menerusi satu posting di akaun Instagram.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Mak Yang dalam Jangan Menangis Cinta, Kiah Propa atau nama sebenarnya Siti Rohkhaida Abdul Kalil cuba menonjolkan sisi lainnya menerusi karakter itu seperti permintaan penulis novel, Siti Rosmizah.

“Apa watak pun aku bawa. Tapi sebelum ini komedi kelakar sahaja, kali ini sisi antagonis. Yang hairan, beliau Siti Rosmizah boleh nampak bakat dan sisi lain aku.

“Tak kisah siapa bagi pun bagi job lakonan, bila aku dah terima tawaran itu aku akan buat yang terbaik. Sebab aku selalu fikir peluang, masa dan rezeki tak datang selalu.

“Ingat aku tak kena tegur jadi pelakon. Tanyalah direktor aku, dia yang tahu apatah lagi masa yang crucial.

“Orang nampak yang best sahaja. Tapi tak apa, pada aku itu proses pembelajaran. Aku terima,” tulisnya.

Terdahulu, Kiah Propa mendapat perhatian netizen selepas membawakan watak Mak Yang sehingga menjadi viral di media sosial.

Mak Yang merupakan ibu kepada Riyana (Amyra Rosli) yang bermulut jah4t dan sering mengvtuk suaminya.

Apa sahaja yang dilakukan suami dan anak-anak pasti ada sahaja yang tidak kena di mata Mak Yang.

Komen Netizen:

Selain Kiah, Jangan Menangis Cinta turut dibintangi oleh Remy Ishak, Amyra Rosli, Halim Radzi, Rita Nadira, Datuk Hilal Azmi, Atilia Haron dan ramai lagi.

Drama ini juga merupakan sebuah adaptasi daripada novel popular dengan judul yang sama karya Siti Rosmizah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*