Ny4ris kemal4ngan gara-gara m4buk, hidup tak tenang tanpa hidayah Allah… Bekas kru kabin temui jawapan selepas pelvk Islam

PENGALAMAN meraikan Aidilfitri di kampung halaman masyarakat Melayu ketika berusia 15 tahun menjadi titik mula bagi jejaka Tionghua bernama Lee Rick Kee ini untuk mendekati agama Islam.

Menurut pemuda dari Kuala Lumpur itu, pergaulan dengan rakan berbangsa Melayu beragama Islam turut mended4hkannya dengan agama itu sejak sekian lama.

“Sejak sekolah saya memang selesa bergaul dengan rakan-rakan Melayu. Ketika tingkatan tiga, kawan ajak saya balik ke kampungnya di Perak untuk sambut hari raya. Dia tahu saya berminat nak masuk Islam.

ric3

“Ketika di kampung, saya rasa sangat dialu-alukan. Walaupun pada waktu itu saya bukan orang Islam, saya dilayan dengan sangat baik. Sesungguhnya pengalaman itu tak ternilai dan tak dapat dibeli dengan wang.

“Selain meraikan raya, saya juga dibawa ke masjid. Kawan-kawan banyak ajar saya mengenai Islam. Tapi pada waktu itu saya masih muda, belum dapat hidayah,” ujarnya yang senang disapa Rickkee.

Menurut jejaka berusia 26 tahun itu, dia yang mula bekerja sebagai kru kabin selepas menamatkan persekolahan berdepan pelbagai isu dalam kehidupan sehingga membuatkan dia tidak tenang.

Imbas Rickkee, peristiwa yang hampir meragut nyawanya akib4t memandu dalam keadaan m4buk menyebabkan dia tekad untuk mencari ketenangan diri sehinggalah memelvk Islam pada usia 22 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Rickkee memelvk Islam pada usia 22 tahun.

“Banyak sangat yang berlaku ketika saya tamat sekolah. Pada waktu itu saya kerja sebagai kru kabin. Kemudian ada isu keluarga. Banyak benda tak elok, saya pergi ke kelab malam dan saya juga seorang free thinker.

“Sampai satu masa, saya mabuk bawa kereta hampir nak kemal4ngan. Sejak itu saya terdetik dalam hati, sampai bila nak jadi macam ni? Pada masa tu waktu tidur pun tak menentu, emosi tak terkawal.

Ramai tak faham bahawa agama dan bangsa dua perkara berbeza. Bangsa tak boleh diubah, tapi agama boleh diubah.

RICKKEE

“Saya sedar ada sesuatu yang kurang dalam diri iaitu ketenangan. Akhirnya saya pelvk Islam pada usia 22 tahun. Ketenangan itu datang daripada Allah,” ujarnya yang turut mempunyai tatu yang dicacah pada tangan.

Menurut Rickkee lagi, pada awalnya dia turut mendapat tentangan keluarga, namun mereka kini menerima dia seadanya.

ric5

Anak jati KL ini berminat mendalami Islam sejak zaman sekolah lagi.

“Keluarga tahu sejak zaman sekolah lagi yang saya berminat nak masuk Islam. Mula-mula mereka bantah, tapi saya dah jelaskan. Saya kata, saya tetap bangsa Cina, hanya agama yang berubah.

“Ramai tak faham bahawa agama dan bangsa dua perkara berbeza. Bangsa tak boleh diubah, tapi agama boleh diubah. Sejak itu mereka perlahan-lahan terima,” ujar bekas kru kabin itu yang kini bekerja sebagai pembantu peribadi.

Menerusi aplikasi TikTok, video memaparkan Rickkee berkongsi cerita mengenai perjalanannya mengenal Islam turut meraih perhatian ramai.

ric2

Video yang dikongsinya turut tular di Twitter.

Kata Rickkee, dia terharu dengan sokongan netizen terhadap mualaf, sekaligus memberi semangat buatnya untuk terus berkongsi inspirasi dengan orang ramai.

Menurut Rickkee, dia tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri tahun ini memandangkan sudah dua tahun ia disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ric4

Rickkee akui tak sabar untuk meraikan raya tahun ini selepas dua tahun PKP.

“Tahun ni dapat pergi masjid, InsyaAllah dapat solat raya di masjid, nak jumpa keluarga dan kawan. Dah dua tahun kita tak dapat rasa macam ni.

“Baju raya pun dah ada. Saya rancang pakai baju Melayu pada raya pertama dan jubah pada raya kedua. Makanan kegemaran pula, saya suka lemang dengan rendang,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*