Sebulan kena banned, Syatilla Melvin dapat balik akaun TikTok selepas buat aduan dalam loghat utara

SELEPAS sebulan akaun TikTok digantung tanpa sebab, pelakon Syatilla tidak menyangka tindakannya membuat aduan dalam loghat utara membuahkan hasil.

Menurut Syatilla, dia bersyukur akaun yang mempunyai lebih 300,000 pengikut itu akhirnya aktif semula.

“Weh TikTok aku dah sebulan kena banned. Dapat email beritahu kena banned permenantly.

Shaheizy Sam memberi keselesaan kepada Syatilla sementara mengalami alahan.

“Tapi tadi tergerak hati nk buat report! So aku ni tulis la report dalam bahasa Melayu utara sebab lagi confident tulis Melayu.

“Selepas berapa jam terus dapat balik akaun Tiktok aku” ujarnya.

Tapi tadi tergerak hati nk buat report! So aku ni tulis la report dalam bahasa Melayu utara sebab lagi confident tulis Melayu.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Menerusi aduan yang dibuat itu, Syatilla memberitahu kandungan yang dimuat naik dalam akaun tersebut hanyalah berkaitan kehidupannya sendiri.

“Saya ni buat content jadi diri sendiri. Saya tak tau pasaipa (kenapa) orang pakat report TikTok saya. Tolong sat buat apa yang patut, saya ketaq kepala dah nak buat content ni” ujarnya dalam aduan berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Syatilla bersama suaminya Shaheizy Sam.

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian isteri kepada Shaheizy Sam itu dan menganggap pengendali aplikasi tersebut faham dengan dialek utara tersebut.

“Lepas ni tulis bahasa Melayu saja la, jenuh nak tulis bahasa Inggeris.

“Cakap utara baru depa faham eh?

“Pengasas TikTok orang Kokdiang weh” tulis beberapa netizen.

Namun ada juga yang memberitahu aplikasi tersebut mempunyai pejabat di Malaysia dan kakitangan berbangsa Melayu.

“Office TikTok memang ada kat Malaysia, staf dia ada yang Melayu, sepatutnya memang tiada masalah kot” tulis netizen.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*