Suami Puteri Aishah Terima Tawaran Jadi Model, Tak Minat Berlakon

Aktres jelita Puteri Aishah tidak menyangka suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman menerima tawaran untuk sesi fotografi bersamanya untuk satu jenama pakaian bersempena Aidilfitri.

Menurut Puteri, permintaan pihak jenama terbabit yang meminta dia membawa suaminya bersama bagi menjayakan sesi fotografi tersebut cukup mengejutkan malah pada masa yang sama mengujakan.

“Baru-baru ini, saya ada kolaborasi dengan satu jenama untuk pakaian Aidilfitri.

“Pihak jenama itu meminta saya untuk bawa suami bersama dan itu adalah kali pertama suami saya terbabit sama dalam sesi fotografi begitu.

“Itu untuk fotografi raya macam tu je la dan itulah juga job pertama saya buat bersama suami,” katanya ketika ditemubual.

Puteri ditemui di majlis pelancaran produk wangian, InFlorescence Aromatherapy Room Spray hasil kolaborasinya dengan jenama Plant Origins yang diadakan di Bo Dining, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Puteri juga mended4hkan suaminya bukan seseorang yang sukakan populariti jika diminta untuk berlakon dalam mana-mana drama.

“Saya dah pernah tanya kalau dia nak cuba berlakon, tapi menurutnya, dia tak berminat. Jadi, memang dia takkan berlakon.

“Tapi untuk drama belum kot takut nanti dia kayu, saya yang segan. Dia tak biasa lagi kan,” jelas Puteri lagi.

Untuk rekod, pasangan Puteri dan Firdaus berumah tangga pada 21 November 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*