“Berjaya Tahan Sampai Balik” – Comelnya Ara! Tya Arifin Ajar Anak Bertudung, Horm4ti Majlis Berbuka

Pelakon Tya Ariffin mengajar anak perempuannya, Azzahra Jiwa Asyraf memakai tudung.

Menurut Tya, walaupun masih kecil namun aktres cantik ini mahu menerapkan nilai murni supaya anaknya memahami dan menghormati majlis yang mempunyai tema tertentu.

“Majlis iftar bersama keluarga. Alhamdulillah tudungnya bertahan sampai pulang. Ara ini sebenarnya peribadinya agak lebih keras daripada abang.

Dia ini akan ikut apa yang dia nak. “Ada majlis berbuka, jadi Tya nak dia pakai tudung untuk horm4ti majlis juga. Walaupun pada awalnya berkali-kali pujuk, dan berjaya,” kongsinya.

Tya juga menyatakan rasa syukur kerana Azzahra mendengar kata dan berjaya bertahan sehingga majlis selesai. “Ara nanti pakai tudung sampai balik okay.

Dalam hati, mesti sampai rumah Mak Iti dah confirm buka, lagi-lagi ada sepupu. “Alhamdulillah sangkaan itu salah. Ara berjaya pakai tanpa buka sampai majlis selesai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Sekarang tukarlah persepsi Ara ni agak keras, sebenarnya dia ini jenis ikut cakap juga macam abang hehe,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya terpegun dengan kecomelan Azzahra memakai tudung.  Tya dan Asyraf Khalid mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa Asyraf.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*