Tebvk 3 Lubang Pada Pervt & Tak Mampu Puasa Penuh, Uyaina Syukur Bayi Dalam Kandungan…

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui masih menanggung sakit susulan pembed4han membuang apend1ks selepas mengalami kes4kitan tervk pada bahagian bawah pervt sebelah kanan sekitar April lalu.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, biarpun berat untuk ditanggung, tetapi dia tetap berlapang dada menerima ketentuan tersebut.

Malah, isteri kepada Raja Syahiran menyifatkan segala ujian yang diterimanya sebelum ini sebagai satu rezeki dari Allah buatnya.

“Alhamdulillah kesihatan saya sekarang makin pulih. Tapi kalau ikutkan memang masih ada rasa sakit sampai sekarang, nak terlalu bebas bergerak pun tak boleh sangat.

“Sebab sekarang masih dalam pemantauan doktor. Tapi alhamdulillah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

“Kena tebuk tiga lubang pada pervt tu bukan satu benda yang normal dan biasa-biasa sakitnya,” katanya.

Tambah Uyaina, buat masa ini dia masih dalam proses rawatan, sekali gus terpaksa memadam hasrat untuk berpuasa penuh tahun ini.

“Saya masih dalam proses rawatan dan ambil ub4t-ub4tan seperti yang doktor sarankan.

“Cuma sedikit sedih puasa tahun ini tak dapat nak berpuasa penuh disebabkan masalah kesihatan yang dialami.

“Masa minggu pertama, alhamdulillah dapat berpuasa penuh, tapi lepas kena apend1ks hari ke lapan, terus tak dapat puasa penuh sampai ke hari ini,” ujarnya.

Uyaina berkata demikian ketika majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.

Sekadar info, selang beberapa hari selepas menjalani pembed4han apend1ks, Uyaina yang sedang hamil tiga bulan sekali lagi diuji apabila doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim.

Terdahulu, sehari sebelum umat Islam berpuasa, Uyaina berkongsi berita gembira dan mengesahkan dirinya hamil anak sulung.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga merupakan penyanyi bernikah di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 20 Disember lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*