Rai birthday rakan di siang hari, budak 9 tahun tetap ‘on’ puasa penuh! Ada sebab ibu kasi ‘lampu hijau’ pergi sambut

KANAK-kanak yang sedang berpuasa di sambutan hari lahir rakan kelasnya di siang hari mengundang pelbagai reaksi.

Menerusi perkongsian yang tular, rata-ratanya netizen bangga dengan ketabahannya menunaikan Rukun Islam ketiga meskipun baru berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun, segelintir mempertikaikan kenapa sambutan itu tidak dilakukan pada waktu malam atau mengadakan jamuan semasa berbuka puasa.

Tampil berkongsi kejadian, Aleeya Zailan memberitahu, anaknya Aaron Aziz Azri merupakan murid di sebuah sekolah antarabangsa dan hanya dia sahaja yang beragama Islam.

Aaron merupakan anak yang aktif dan lincah.

Ketika dihubungi mStar, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, jemputan untuk menghadiri majlis hari lahir itu diperoleh lebih awal dan dia sudah berbincang dengan Aaron mengenai perkara itu.

“Memang tahu awal berkenaan sambutan tu dan saya pun tak mahu larang dia daripada hadir sebab kalau tidak pergi, dia akan ketinggalan dengan kawan-kawan sekolah. Saya cakap kat dia kalau tak mahu puasa pun boleh tapi dia cakap nak puasa sebab sayang tinggalkan.

“Kalau dia pergi pula, dia dapat belajar ‘sesuatu’. Tidak semestinya dia berpuasa orang kena hormat dia sahaja, dia juga perlu menghorm4tiorang lain. Dia akan faham sabar itu macam mana dan bagaimana untuk menahan diri melihat orang lain yang tidak berpuasa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Aaron merupakan anak yang aktif dan lincah.

Menurut wanita berusia 39 tahun itu, dia juga tidak rasa menyesal atau serba salah kerana membawa anak yang masih muda menghadiri parti seperti itu pada bulan Ramadan walaupun mengetahui anaknya berpuasa.

Tambahnya, bagaimana anaknya ‘membawa diri’ di sebuah parti membuatkan dirinya bangga kerana Aaron dapat mengatasi perkara seperti itu serta dugaan iaitu menahan lapar dan dahaga.

“Saya tak menyesal bawa anak pergi parti, sebaliknya bangga kerana seawal usia sembilan tahun dia sudah faham erti puasa dan dalam dunia ini bukan orang lain sahaja kena faham diri dia.

“Satu hari nanti kalau dia belajar di luar negara, saya percaya dia akan berpuasa walaupun orang tidak berpuasa kerana masa parti itu dia diberikan sepotong kek dan ‘berpura-pura’ menikmatinya seperti rakan lain kerana menghorm4ti suasana ketika itu. Dalam pukul 2 petang dia minta izin untuk bermain di luar kerana tidak mahu mengganggu rakan-rakan lain makan.

Jamuan hari lahir rakan sekelas Aaron.

Jamuan hari lahir rakan sekelas Aaron.

“Di luar negara lagi ramai bukan muslim jadi bulan puasa dia tahu untuk puasa dan tahu apabila dikelilingi orang bukan muslim macam mana dia nak tahan lapar dan dahaga serta bergaul bersama rakan-rakannya,” jelasnya lagi.

Bercerita tentang cara didikannya kepada anak-anak, ujar Aleeya, berpuasa pada bulan Ramadan dipupuknya dari kecil, malah Aaron berpuasa penuh pada usianya tujuh tahun, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tahun ni dah mula bersekolah dan pertama kali dia berpuasa di sekolah. Walaupun belajar di sekolah antarabangsa, pihak pentadbiran begitu memahami dan murid yang berpuasa akan pergi ke perpustakaan pada waktu rehat.

Saya ajar supaya dia berpuasa sebab dia orang Islam dereka juga tidak dijanjikan sebarang reward jika berpuasa penuh.

ALEEYA

“Bagaimanapun, tidak semua warga asing memahami konsep berpuasa ini, dan jemputan itu dibuat kerana tidak mahu Aaron rasa dianaktirikan. Jadi terserah kepada saya dan keluarga untuk hadir atau tidak.

“Saya didik mereka dari awal tentang konsep berpuasa pada bulan Ramadan. Saya ajar supaya dia berpuasa sebab dia orang Islam dereka juga tidak dijanjikan sebarang reward jika berpuasa penuh,” ujarnya sambil menambah anak-anak juga diterapkan dengan keadaan orang susah.

Aaron bersama kakaknya Eva Natasha dan adiknya Alicia Aleena.

Aaron bersama kakaknya Eva Natasha dan adiknya Alicia Aleena.

Menerusi ‘pengalaman’ pada hari lahir itu, dia percaya suatu hari nanti anak-anaknya akan teguh dengan pegangan agama dan terbiasa melakukan perkara seumpanya.

“Perkara ni nanti akan jadi biasa untuk dia. Suatu hari nanti bila dia bekerja dengan orang bukan Islam dan bos ajak pergi lunch meeting dia tahu untuk tahan lapar dan bersabar.

“Dia tahu batas sebagai orang Islam,” ujarnya yang turut berkongsi pengalamannya bersama suami ketika belajar di luar negara suatu ketika dulu sebagai panduan buat anak-anak.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*