[VIDEO] Sebagai Tanda Hargai Pekerja, Fazura Habis Puluhan Ribu Belanja Beg Jenama Mewah

Pelakon dan penyanyi Fazura makin aktif dengan perniagaan tudung keluarannya, Tudung Fazura. Siapa yang tidak tahu dengan tudung Fazura, setiap kali melancarkan koleksi terbaru pasti mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Terbaru, nama Fazura menjadi sebutan ramai selepas berkongsi rezeki dengan staf-staf yang setia menjadi tulang belakang.

Menerusi akaun TikTok @sonichussien, aktres berumur 39 tahun itu dilihat menghadiahkan beg berjenama mewah kepada pekerjanya namun tidak diketahui seramai berapa orang.

Difahamkan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang ditemani suami tercinta, aktor Fattah Amin menghabiskan puluhan ribu ringgit sebagai tanda menghargai usaha keras dan tenaga yang telah diberikan.

Penyampai radio DJ Sonic yang sering menjadi pengacara majlis Fazura antara individu bertuah menerima beg yang bukan calang-calang harganya untuk setiap unit.

Video:

@sonichussien

Fazura juga belanja saya beg 😭! Terima kasih

♬ original sound – DJ SONIC HUSSIEN – DJ SONIC HUSSIEN

Malah, ada peminat yang memuji dengan sikap ibu Nur Fatima Aisya yang tidak gemar menayang kemewahan di media sosial.

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sifat peribadi pelakon filem Pisau Cukvr yang bermurah hati berkongsi rezeki.

Komen Netizen:

 

Sumber : TikTok @sonichussien

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*