“Tengku Permaisuri Selangor. Tengku Norashikin Belanja Anjing Jalanan Makanan” – Niat Baik Pemuda Ini Terima Pujian Ramai

Setiap makhluk yang berada di muka bumi ini haruslah mempunyai hak yang sama untuk hidup. Bukan sahaja kucing jalanan sahaja yang harus dijaga dan diberikan makanan tetapi haiwan lain seperti anjing juga haruslah dilayan sama.

Anjing juga haiwan yang sama seperti kucing kerana anjing ini bersifat setia dan boleh dijadikan teman. Tetapi oleh kerana kekangan agama yang menghadkan untuk menyentuh anjing jadi ramai yang tidak suka menghampiri anjing apatah lagi untuk memberi makanan kepada mereka.

Tetapi lain pula yang difikirkan oleh seorang jejaka yang bernama @faiz.aizif Ini. Jejaka ini selalu memuatnaik video dirinya yang suka memberi makanan kepada 16 ekor anjing itu dan dimuatnaik pada Aplikasi Tik Tok miliknya.

Walaubagaimanapun bukan sahaja dirinya tetapi beliau juga mendapat sedikit sumbangan dari Permaisuri Selangor iaitu Tengku Norashikin yang juga berkenan untuk memberikan sumbangan makanan kepada 16 ekor anjing itu.

Video:

@faiz.aizif

Menjunjung Kasih Tengku Permaisuri Selangor. Tengku Norashikin.. Ampun tuanku ! 🙏🏻 Terima Kasih Atas Amanah Tuanku, akan patik laksanakan sebaiknya.. #tengkupermaisuriselangor #tps #dog #feeding #fyp

♬ original sound – Faiz Aizif – Faiz Aizif

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji kebaikan Permaisuri Selangor yang baik hati memberi sumbangan makanan kepada anjing- anjing itu dan turut juga memuji usaha murni yang dilakukan saudara Faiz yang sering beekongsi rezeki dengan anjing-anjing itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Tiktok faiz.aizif

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*