“Rasa Helpless, Respek Dekat Peniaga,”- Khemah Terbang & Kilat Sabung Menyabung, Alif Satar Ded4h Cabaran Berniaga Di Bazar Ramadan

Baru-baru ini, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar menceritakan mengenai momen-momen mencabar yang harus dilaluinya sepanjang berniaga di bazar Ramadan.

Menurut Alif yang kini rancak mengusahakan bisnes sate, ada kalanya mereka terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sehingga menyebab operasi mereka tergendala.

Katanya lagi, ada ketika dia berasa seperti tidak berdaya apabila diuji dengan cabaran sedemikian.

“Harini memang REAL. Khemah nak terbang, kilat sabung menyabung, arang kayu api pulak basah, memang nervous and rasa helpless la sebab order dah masuk,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Anugerah Terindah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Bagaimanapun, Alif mended4hkan momen-momen tersebut sebenarnya telah banyak mengajarnya untuk lebih memahami mengenai penat lelah dan kekuatan semangat para peniaga yang lebih berpengalaman daripadanya.

Tambahnya lagi, dia juga kagum dengan kecekalan para peniaga gerai yang tidak pernah mengalah meskipun sering ditimpa dengan pelbagai ujian.

“Masa ni la Alif betul-betul faham betapa mencabarnya orang yang mencari rezeki dengan cara berniaga begini. Panas, hujan, ribut, karenah pelanggan kena hadap hari-hari.

“Sebulan Alif dekat tepi jalan ni hampir setiap hari, apa yang saya boleh cakap, Alif betul-betul respect dekat peniaga-peniaga. Korang memang the ‘real hustlers’ of life,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangak yang sama selain turut memberikan kata-kata semangat buat Alif.

“Semoga semuanya dipermudahkan buat peniaga-peniaga yang sedang mencari rezeki.

“10 tahun dah berpengalaman begini. Memang lumrahnya peniaga sabar dan tabah je ubatnya.

“Semoga terus kuat para peniaga. Moga tabah dan ikhlas dalam dugaan berniaga. InsyaAllah murah rezeki.

“Sebab tu bila hujan lebat akan teringat dekat orang berniaga yang guna khemah macam ni.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

“Lumrah berniaga macam ni. Demi sesuap nasi untuk keluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, sepanjang bulan Ramadan ini, Alif telah memualakan bisnes sate yang bertempat di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Komen Netizen:

Dalam perkembangan lain, artis versatil ini juga telah melancarkan beberapa projek khas bersama kumpulan nasyid popular, Raihan menerusi lagu-lagu yang diberikan nafas baharu seperti Puji-Pujian x Syukur, 25 Rasul, Rayuan Rindu dan Assolatuwassalam.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*