“V1rus Kawasaki Ni Menyebabkan…” – Doktor Pantau Jantung Anak Selama 3 Bulan, Amyra Rosli

Pelakon jelita Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin pulih daripada terkena jangk1tan v1rus Kawasaki sekitar awal bulan lalu.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 31, kini Ayra Aryssa, 2, perlu berada di bawah pemantauan doktor selama tiga bulan dan bergantung pada ubat sebelum boleh pulih sepenuhnya.

“Alhamdulillah Aryssa okay, semakin baik, recovering cuma saya kena monitor jantung dia selama tiga bulan so dia kena makan ubat cair dar4h hari-hari.

“Ubat untuk v1rus Kawasaki ni, satu treatment kena makan lapan botol, selalunya enam ke lapan botol budak akan terus baik.

Anak saya, 16 botol dah, dengan steroid lagi, anak saya jadi kembung. Saya tak boleh dukung dia sebab jadi terlalu berat, badan penuh air.

“V1rus Kawasaki ni menyebabkan jantung dia bera1r, saluran bengk4k. Aryssa kena bergantung pada ubat sekarang, mudah-mudahan lepas tiga bulan ni dia sihat sepenuhnya,” ujar Amyra kepada Gempak.

Amyra ditemui pada majlis berbuka puasa Astro Drama Jangan Menangis Cinta dan Dendam Seorang Isteri yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada Khamis.

Luah isteri kepada aktor Amar Baharin ini lagi, meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan seperti positif COV1D-19 dan kesihatan anak, dia kuatkan semangat dan mendapat ketenangan untuk mengawal situasi.

“Saya reda seikhlas-ikhlas hati dengan apa yang terjadi pada Aryssa. Sedih sangat, dengar Amar pulak shooting, kadang bila saya balik rumah, kat basement tu saya terduduk, berfikir macam kenapa bertubi-tubi dugaan datang.

“Tapi alhamdulillah, Allah bagi saya ketenangan untuk berdepan semua ni. “Sebagai ibu kan, ubat tu panas. Rambut dia jadi gugur, perut dia jadi kembung, saya tak boleh nak buat apa.

Kalau saya lawan cakap doktor, mungkin dalaman anak saya jadi makin teruk,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu juga, Amyra bersyukur insiden tersebut membuka mata ramai ibu bapa tentang v1rus-v1rus yang boleh mendatangkan bah4ya pada anak-anak mereka.

“Alhamdulillah, kejadian ni pun sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa ambil tahu tentang v1rus-v1rus yang kita tak tahu ni.

“Kawasaki ni sangat tervk, nak kena pula waktu raya ni, saya harap jangan la ada yang kata parents kedekut anak ke apa.” Katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*