Kucing kerumun depan CCTV, pantang dengar suara tuan memanggil… Pencinta si bulus bagi idea sebelum balik raya

RELA dalam terpaksa adalah dilema yang dihadapi sesetengah individu apabila mereka perlu meninggalkan kucing peliharaan di kota untuk pulang beraya di desa.

Menerusi group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, Iera Umairah yang berpengalaman dalam hal itu tampil berkongsi beberapa tip buat pemilik haiwan di luar sana.

Menurut pemilik kepada 21 ekor kucing itu, makanan, air dan pasir merupakan elemen paling penting yang perlu disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung.

“Ada kawan-kawan yang pernah tanya saya macam mana tinggalkan kucing 21 ekor dekat rumah. Pertama makanan. Jumlah makanan ni kena banyak dari biasa sebab kalau time balik kampung akan ada kucing luar tumpang makan.

“Setakat yang saya nampak dekat rumah saya, ada lima ke enam ekor kucing luar datang makan. Kucing saya pun dah 21 ekor. Biasa 15 kilogram (kg) habis dalam 15 hari. Jadi saya isi je semua 15 kg dalam enam balang tu. Saya balik kampung 10 hari. Jadi makanan akan ada lebih.

cat1

Pemilik perlu menyediakan makanan secukupnya sebelum berangkat pulang ke desa.

“Kedua, air. Air saya isi guna besen je senang. Saya sediakan dua besen dekat dapur, satu ruang tamu, dua dekat porch luar. Lagi banyak lagi bagus sebab sekarang musim panas. Kesian kucing kalau tak cukup air.

“Ketiga, pasir. Pasir saya guna enam beg. 10 besen. Kucing saya ada yang membuang di pasir, ada yang membuang di tanah. Jadi prepare je la banyak-banyak. Biasa pasir baru ni laku keras. Balik nanti kita kira berapa kati dapat hasil,” ujarnya berselor0h.

Menurut Iera lagi, pemilik harus menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat kerana kucing biasanya akan bertukar ‘ganas’ sekiranya ditinggalkan di rumah.

Saya isi je semua 15 kg dalam enam balang tu. Saya balik kampung 10 hari. Jadi makanan akan ada lebih.

IERA UMAIRAH

“Rumah kalau ada barang berharga simpan la siap-siap. Biasa kucing jadi kera apabila tuan tak ada. Langsir ikat tinggi-tinggi kalau kucing anda jenis suka siram (kencing merata).

“Macam rumah saya, kadang stray cat yang datang tu suka menyiram, terpaksa la ikat langsir. Potong rumput (halaman rumah) siap-siap. Kalau bosan, kucing boleh main dekat padang dengan gembira.

“Last sekali sebelum gerak, niat dalam hati Ya Allah aku tawakal kepada-Mu untuk menjaga rumah dan haiwan peliharaanku.

“Saya buka tingkap dapur sebab kucing saya memang bebas keluar masuk. Dan bila kecemasan, kucing boleh cari makan dekat luar,” ujarnya yang sudah enam tahun membela kucing.

file6e1yfry3upf32spubdw

Pemilik pasti berat hati untuk berjauhan dengan kucing kesayangan mereka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka sebelum ini.

Selain itu, ada yang turut memberi saranan agar pemilik memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kucing peliharaan dengan mudah.

“Kalau ada rezeki lebih, pasang CCTV. Pantau pun ya, lepas rindu pun ya. Kalau saya panggil, berlonggok tunggu depan CCTV. Untuk makluman, CCTV saya letak rendah dan lekatkan.

cat3

Selain makanan, air minuman juga perlu disediakan untuk si bulus.

“Saya tak berani nak tinggal kat rumah kalau travelling lama. Kalau satu malam je saya berani la, itu pun pasang CCTV. Tak sedap hati je selagi tak sampai rumah. Kalau lebih dua hari, sama ada saya letak kat hotel atau bawa sekali. Tapi situasi sis lain, ada 21 kucing. Takkan nak letak kat hotel atau bawa balik.

“MasyaAllah. Saya yang nak tinggal 10 ekor pun banyak fikir. Tapi Alhamdulillah settle sebab hire pet sitter. Puan punya perancangan lagi hebat. Kucing saya semua indoor. Jadi risau lebih sikit.

“Saya bernasib baik, anak jiran yang memang sayang kucing, main kucing di rumah saya. Dia jarang balik kampung. Anak yatim. Dia yang tolong kalau lebih dua malam,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/l

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*