“Belum Ada Pasangan Tapi Tuhan Beri Rezeki Dalam Bentuk Lain” – Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat beberapa rakan rapatnya dalam industri sudah berpasangan.

Bagaimanapun kata Sufian, dia menyerahkan semuanya kepada takdir dan ketentuan Allah SWT yang memberikan rezeki buat dirinya dalam pelbagai bentuk.

“Kalau ditanya mengenai pasangan semestinya saya terasa lebih-lebih lagi melihat rakan-rakan rapat seperti Haqiem Rusli, Tajul, Ariff Bahran semuanya sudah berkahwin.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, saya sebenarnya pernah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan kemudian putus.

Cuma kami tidak menghebahkan perkara itu. “Pada saya, Tuhan itu maha adil yang mana masing-masing ada rezeki tersendiri.

Ada yang dapat rezeki berpasangan awal, cuma mungkin saya belum diberikan rezeki ke arah itu.

“Alhamdulillah, rezeki datang dalam pelbagai bentuk termasuklah kesihatan, keluarga yang baik, perniagaan dan saya sungguh gembira dengan apa yang saya ada ketika ini,” katanya kepada Gempak.

Sufian ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music yang bertempat ibu pejabat label berkenaan di Puchong, baru-baru ini.

Jelas Sufian, ibu bapanya juga sering bertanyakan mengenai hal itu namun tidak memberikan tekanan kepadanya.

“Keluarga pun ada bertanya, tapi lama kelamaan mereka penat, mereka kata sesiapa yang saya suka beritahu saja.

“Mereka menyerahkan semuanya kepada saya untuk membuat keputusan. Namun tidaklah sehingga memberikan tekanan kepada saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sufian muncul dengan drama berjudul 30 Hari Menjelang Raya arahan Suhaimi Lua di slot Diandra saluran TV9.

Selain Sufian, drama itu turut dibintangi oleh Kazar Saisi, Liza Abdullah, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Mark Adam, Shakilla Koriri dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*