“Datuk K Pilih Warna Pink, Saya Pilih Hijau,” – Siti Nurhaliza Sedia 3 Pasang Baju Raya

Setelah dua tahun tidak dapat menyambut 1 Syawal seperti kelaziman susulan pandemik, pastinya lebaran tahun ini paling dinanti-nantikan semua umat Islam khususnya.

Tidak terkecuali melahirkan keterujaan, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza gembira apabila suasana hari raya sudah kembali normal meski perlu peka mengenai kesihatan.

“Tahun ini raya buat kita lebih teruja sebab dah boleh balik kampung, pergi beraya ziarah menziarahi. Itu sesuatu yang dinanti-nantikan dan saya pun tidak terkecuali.

“Tak sabar nak balik kampung jumpa famili semua namun perasaan takut itu tetap ada juga… jadi kita kena sentiasa berjaga-jaga dan ikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada MH.

Siti berkata dia akan menyambut raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan bergerak ke kampung halaman kemudian hari.

“Saya tidak balik kampung awal Syawal sebab dijangka akan jem tervk pada raya kali ini. Biarlah orang lain beraya dulu, bila dah okay sikit baharu kami akan bergerak pulang ke kampung.

“Awal raya kami sekeluarga berkumpul di Kuala Lumpur dulu. Belum pasti akan pulang sama ada ke Kedah atau Lipis dahulu, kami akan tengok situasi dulu,” katanya.

Berbicara lanjut mengenai warna baju raya tahun ini, Siti sekeluarga akan menggayakan tiga pasang busana raya baharu bagi menyambut lebaran.

“Kami sedondon tahun ini. Ada tiga pasang baju kami tempah… Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) pilih pink carnation dan saya pilih warna hijau sebab suka warna hijau.

“Lagi satu tak tahu lagi warna apa sebab pereka itu memang nak reka khas untuk kami sekeluarga.

“Selalunya anak-anak pakai baju raya pagi tu sahaja untuk kami ambil gambar… bila masuk petang mereka dah tukar pakai baju biasa,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*