Peminat Nak Serbu Rumah Untuk Beraya? Mk K Clique ‘Jangan Risau Saya Tak Akan Halau’

Penyanyi dan pelakon MK K-Clique teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut MK, 26, dia beraya sakan tahun ini selepas dua tahun terpaksa menangguhkan gara-gara pandemik Cov1d-19 yang melanda.

Namun begitu, pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan tidak akan mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Raya macam biasa sahaja. Tahun lepas dapat balik cuma lambat. Jadi, tahun ini nak beraya all out dengan keluarga.

Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bertemu ramai orang dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan tetapi kita harus juga perlu hormat mereka yang masih menitikberatkan.

Ditanya sama ada dia akan menerima peminat yang ingin berkunjung ke kediamannya, pelakon drama The Hotel sangat mengalu-alukan kedatangan mereka.

Ada saja yang tahu rumah saya di kampung dan bagi saya tidak menjadi halangan pun untuk mereka datang.

Mereka juga pandai hormat waktu dan cara yang sesuai untuk datang ke rumah saya seperti minta izin terlebih dahulu. Saya pun belum ada pengalaman rumah diserbu lagi tetapi jangan risau saya tak akan halau pun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*