Nenek 84 tahun gelisah kenang nasib cucu aut1sme yatim piatu, tak senang duduk fikir siapa boleh sambung tugas jaga anak syurga

DEMI kasih tidak bertepi terhadap cucunya, wanita tua ini tidak kisah menghabiskan sisa usianya untuk menjaga ‘amanah istimewa’ yang ditinggalkan sejak lebih sedekad lalu.

Begitulah kisah seorang nenek berusia 84 tahun sebagaimana yang dikongsikan oleh aktivis kemasyarakatan, Natipah Abu.

Perkongsian Natipah mengenai nenek yang dikenali sebagai Tok Hindun menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini, benar-benar menyentuh hati warganet.

“Nenek yang telah berusia 84 tahun ini tabah menjaga cucu kesayangannya yang aust1me sejak belasan tahun lalu.

“Cucu yang yatim piatu itu hakikatnya tak tahu apa-apa pun. Anak syurga itu tidak boleh bercakap walau sepatah dan tidak juga boleh mengurus diri. Dipakaikan baju, dia buang dan campak semua.

“Along sudah 27 tahun usianya. Mula-mula ayahnya men1nggal dun1a, kemudian ibu pula menyusul. Sejak itu Along dijaga sepenuhnya oleh Tok Hindun,” kongsi Natipah.

TOK 1

Sungguhpun kudrat nenek berusia 84 tahun ini tidak segagah dahulu namun dia cuba menjaga Along sebaik mungkin.

Menurut Natipah, Tok Hindun menempatkan cucunya di sebuah bilik khas yang terpaksa dikunci hampir sepanjang masa kerana bimbang akan tindakannya yang agresif.

“Waktu makan, Tok Hindun akan masuk ke dalam bilik dan suapkan Along makan. Apabila hendak buang air, Along akan gunakan jamban cangkung di hujung bilik itu.

“Walaupun bilik ini daif tapi sangat bersih. Tiada bau yang kurang menyenangkan pun daripada tubvh Along, bukti Along dijaga rapi oleh Tok Hindun.

“Betul Tok Hindun kurung Along di bilik itu. Betul Tok Hindun pasang mangga sebesar penumbuk di tingkap yang menjadi pintu masuk Along ke ruang tengah rumah.

KOMEN

Antara komen netizen yang turut tersentuh dengan kisah Tok Hindun.

“Sebab kalau Along terlepas keluar, Along akan berlari tanpa mengenal bahaya. Along pernah terlepas keluar dalam keadaan b0gel. Bukan mudah untuk mengejar Along. Kudrat Along sangat luar biasa jika dibandingkan dengan Tok Hindun,” tulisnya lagi.

Tambah Natipah, sesukar manapun tugas menjaga Along, Tok Hindun tidak pernah meninggalkan cucunya bersendirian sejak diamanahkan ke tangannya.

“Along la nyawa Tok Hindun. Setiap malam Along dibawa keluar dari bilik khas dan Along akan tidur dengan nyenyaknya sebelah Tok Hindun.

“Tak pernah sekali-kali Along mengasari Tok Hindun jauh sekali menced3rakan orang tua itu,” kongsi Natipah.

Walaupun bilik ini daif tapi sangat bersih. Tiada bau yang kurang menyenangkan pun daripada tubvh Along, bukti Along dijaga rapi oleh Tok Hindun.

NATIPAH ABU

AKTIVIS MASYARAKAT

Cerita Natipah yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam lapangan kebajikan dan kemanusiaan, dia tidak pernah missed berkunjung ke rumah nenek tua itu setiap kali Ramadan untuk menyampaikan bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai buat meringankan beban.

Namun kunjungannya ke rumah Tok Hindun di Kampung Kuala Lesong, Kuala Ketil, Kedah baru-baru ini nyata membuatkan hatinya seb4k apabila wanita tua itu seolah-olah meninggalkan ‘wasiat’ kepadanya.

“Barangkali Tok Hindun cukup sedar, lambat laun dia harus pergi meninggalkan Along. ‘Kalau ku m4ti, mu ambiklah Mat Pizi ni, bela bagi elok tang (di) mana-mana’.

“Seb4k Kak Pah apabila Tok Hindun pesan begitu. Selama ni, tak pernah pun Tok cakap begitu. Kak Pah faham maksud Tok Hindun. Tok Hindun mahu Along dihantar ke rumah kebajikan. Saya mengangguk,” kongsinya.

NATIPAH

Natipah (depan) sudah berkecimpung dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Jelas Natipah, dia akan cuba menunaikan pesanan Tok Hindun sebagaimana yang diamanahkan demi keselamatan dan kesihatan pemuda tersebut.

“Sekurang-kurangnya ada raw4tan jika di rumah kebajikan. InsyaAllah jika waris yang lain bersetuju,” katanya.

Sehingga kini perkongsian Natipah meraih sehingga melebihi 2,100 shares di Facebook.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*