Majlis nikah batal, wanita tetap ambil baju kahwin idaman harga 8K… men4ngis di fitting room sampai designer pun kesian!

PELAMIN anganku musn4h.

Perumpamaan ini sesuai untuk rakaman video menunjukkan seorang wanita yang tetap datang ke butik pengantin untuk mengambil busana yang sudah disiapkan walaupun majlis perkahwinannya dibatalkan.

Wanita berkenaan, Nor Amilia Mohd Ramli, 27, berkata video itu dirakam sendiri oleh pereka busana tersebut ketika dia berkunjung ke butik pengantin di Pasir Gudang, Johor sebelum ia dikongsi dan tular di TikTok.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Ami memperincikan kisah yang menjadi titik hitam dalam hidupnya apabila tidak dapat melangsungkan majlis pernikahan yang dirancang diadakan pada 22 Mei lalu.

“Sepatutnya saya kahwin lepas raya seperti yang telah dibincangkan. Semua persiapan dah lengkap. Baju nikah dan sanding saya tempah pun dah siap.

“Tapi nak buat macam mana… bekas teman lelaki batalkan nikah tiga minggu sebelum berlangsungnya majlis yang sepatutnya kami nak buat lepas raya Aidilfitri.

“Dia datang jumpa saya dan tiba-tiba beritahu dah tak ada hati dan perasaan untuk teruskan semua ni bersama sedangkan semua persiapan dah lengkap. Masa dia nak batalkan wedding tu, tinggal dua hari sebelum hari jadi saya iaitu pada 1 Mei. Perasaan masa tu hanya Allah saja tahu,” katanya.

Mengakui sukar untuk dirinya menerima kenyataan, wanita yang merupakan seorang model dan juga usahawan ini turun berat badan sebanyak 5 kilogram dalam masa dua minggu.

Malah, wanita yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan, ini juga memberitahu pernah mengalami kemal4ngan jalan raya akibat tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa memandu kerana sedih dengan apa yang berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Perkahwinan Ami sepatutnya dilangsungkan pada 22 Mei lalu.

Pada masa itu, katanya, dia masih mengharapkan berlaku keajaiban dengan lelaki yang baru dikenali dalam tempoh beberapa bulan itu berubah hati untuk meneruskan perkahwinan.

“Saya kenal dia tak lama. Sebelum ni cara layanan dia baik sangat dan nampak dia betul-betul sayangkan saya. Saya rasa dia serius dan yakin dia mampu bahagiakan saya. Tapi itulah… hati manusia bila-bila masa saja boleh berubah.

“Kami tak ikat hubungan dengan tali pertunangan sebab saya tak nak. Saya takut dengan ujian dan dugaan masa bertunang. Tak sangka, benda yang paling saya takut sekali tu terjadi juga,” ujarnya lagi.

Lebih memilukan, selepas majlis perkahwinan mereka dibatalkan, dia terpaksa menyelesaikan sendiri segala urusan pembatalan serta tempahan.

Bagaimanapun keluarga bagi kedua-dua belah pihak tetap menghorm4ti keputusan pemuda berkenaan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka.

“Saya terpaksa cancel semua persiapan majlis dan tempahan dibuat termasuk goodies sorang-sorang. Baju akad nikah pun saya uruskan sendiri. Untuk baju hari sanding yang merupakan baju impian, saya tak akan prelove dan akan simpan sebagai kenangan saja. Baju tu berharga lebih kurang RM8,000.

“Saya mula akur dan terima bahawa perkahwinan kami tak jadi. Tapi saya lega hubungan dengan ahli keluarga lelaki tu masih baik. Mereka sangat supportive siap bayarkan baju nikah saya.

“Cuma saya terkilan bila WhatsApp minta dia tolong saya selesaikan semua ni dia buat tak endah saja, tak balas chat. Masa tu saya rasa macam pengemis merayu minta dia bertanggungjawab sama,” lu4h Ami yang enggan menyatakan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung.

Ami merupakan anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan.

Ser1k dan tr4uma dengan apa yang berlaku, wanita ini tidak lagi terdetik untuk kenal mana-mana jejaka lain buat masa sekarang.

Menurut Ami, berikutan ‘tr4gedi’ itu juga, pereka busana meminta izin daripadanya untuk memuat naik video kunjungannya ke butik pengantin kerana dia juga sedikit sebanyak terkesan dengan apa yang berlaku.

“Yang rakam video tu designer baju untuk sanding sebab dia terasa sangat dengan nasib menimpa saya. Dia tahu sayalah orang paling excited nak tempah wedding dress dengan dia.

Amilia merupakan seorang model.

“Dia minta izin untuk buat video masa saya datang tu sebab dia sedih bila dengar saya men4ngis masa cuba baju dalam fitting room. Masa cuba baju nikah dan sanding saya mer4ung sorang-sorang sebab kena pakai baju impian tanpa orang saya sayang di sisi.

“Saya cuma bawa kawan baik saja teman. Waktu tu saya cuma pakai sekadar untuk pakai dan kemudian bawa pulang… bukanlah untuk dipakai di hari bahagia macam semua perempuan impikan.

“Saya reda dengan apa dah berlaku tapi dah tak nak alaminya buat kali kedua. Saya bersyukur ada kawan-kawan yang banyak beri semangat.

“Nasihat saya untuk orang di luar sana terutama buat yang berniat nak kahwin, jangan mainkan perasaan pasangan apatah lagi melibatkan perkahwinan. kalau boleh jangan buat keputusan pentingkan diri untuk kepuasan diri tanpa fikir perasaan dan maruah orang lain,” katanya menutupi kisah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber: Mstar 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*