Kalau Dah Jodoh! Wanita Terkejut Terjumpa Dirinya Dalam Gambar Zaman Kanak-kanak Suaminya

Selalu kita dengar orang dulu-dulu kata kalau dah jodoh, memang tak kemana kan. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Ecuador ini.

Menurut New York Post, wanita yang dikenali sebagai Ailiz Melina Zambrano Pinargote baru-baru ini terkejut apabila melihat dirinya dalam gambar waktu kecil suaminya sedangkan pada zaman kecil, dia dan suaminya belum saling mengenali.

Difahamkan, wanita yang berusia 26 tahun itu baru-baru ini telah ke rumah ibu mentuanya di mana dia dan suami membelek-belek album lama suaminya.

Dia kemudiannya terkejut selepas tiba-tiba ternampak dirinya sendiri dalam salah satu keping gambar berkenaan.

Menurut Ailiz, dia tidak tahu langsung tentang kewujudan gambar berkenaan malah dia juga tidak melihat kelibat suaminya ketika foto itu diambil.

Yang dia ingat hanyalah setiap tahun pada zaman kanak-kanaknya, dia dan ibunya akan menonton perarakan di bandar.

Dalam foto berkenaan, dapat dilihat Ailiz yang pada ketika itu berusia 11 tahun berdiri di bahagian belakang gambar dan dia dilihat merenung kepada seorang budak lelaki iaitu suaminya sekarang iaitu Pedro Pablo Pico Moreira.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu terkejut dan perasaan gembira serta kagum bercampur baur kerana jurugambar perarakan itu sempat merakam foto yang tak disangka menjadi kenangan terindah buat mereka berdua.

Video:

@ailizmelinazambrano

¿Será este mi ser amado? Gracias a Dios si fue ❤️🤩 a petición de algunas personas que deseaban ver las fotos con ese audio 👏#seraestemiseramado #mariadetodoslosangeles #viral #fyp #parati

♬ sonido original – Tik Toker

Gambar itu kemudiannya dikongsikan oleh Ailiz di TikTok dan rata-rata netizen turut kagum dengan jodoh mereka.

Tambah wanita itu lagi, dia hanya mengenali suaminya itu ketika berusia 17 tahun ketika zaman sekolah menengah.

Wah, boleh buat drama kisah pertemuan dorang ni kan. 

Sumber: New York PostTikTok @ailizmelinazambrano

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://lobakmerah.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*