Kucing dia pakai Luis Vuitton, Bertuahkan kucing tu dpt hadiah yg eklusif pda harijadinya…

Kucing peliharaan adalah kucing yang memang disayangi oleh tuannya, tidak dinafikan, peminat kucing yang memelihara kucing ini sanggup berhabis duit untuk memastikan kecantikan, penjagaan kesihatan dan penampilan kucing mereka terjaga.

Kadang kala bagi peminat dan pemilik kucing ini sanggup berhabis duit beribu ringgit semata-mata untuk melihat kucing kesayangan mereka mendapat barangan yang berkualiti. Harga barang kucing yang ekslusif bukan murah tetapi ada yang mahal dari apa yang dijangka.

Itulah apa yang diberikan kepada seekor kucing berwarna oren yang hidup seperti bangsawan apabila kucing yang dinamakan “Little” itu diberikan hadiah sempena hari jadinya itu yang mencecah ribuan ringgit walaupun hanya “Rantai” kucing.

Rakaman video yang dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok miliknya itu memaparkan tuannya itu telah membeli “rantai” berjenama Luis Vuitton iaitu sebuah jenama yang terkenal untuk “rantai” kucing yang diletakkan huruf “L” untuk Little dan dipakaikan kepada Little terus sempena hari jadi little.

Video:

@natasharashdan_

Material girl ❌ Material meow ✅ #littleturns3 #babyangel

♬ Angel Baby – Slowed – Troye Sivan & xxtristanxo & Slowed Radio

Menjengah ke ruangan komen apabila melihat video tersebut, ramai warganet yang “teringin” menjadi kucing seperti Little yang dilayan bagaikan “menatang Minyak Yang Penuh”.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.tiktok.com/@natasharashdan_

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*