Berbaloi ambil upah sebagai ‘porter’, pemuda ini seronok angkut barang panjat Gunung Kinabalu… Tak fikir tukar kerja lain walau ada STPM

PERKONGSIAN video seorang lelaki mengangkut barangan menuju ke Puncak Gunung Kinabalu menarik perhatian ramai pengguna di aplikasi TikTok.

Bertugas sebagai Porter atau individu yang diupah menghantar barangan ke puncak gunung tersebut, lelaki dikenali sebagai Jvy memberitahu dia memilih kerjaya itu kerana menerima bayaran lumayan.

Saya mulakan pekerjaan ini selepas habis STPM dan kemudian terus fokus untuk menjadi porter sepenuh masa sehingga dah hampir 5 tahun.

“Pad permulaannya memang agak stuggle untuk mengangkat barang kerana mengalami kes4kitan pada seluruh badan dan saya pernah jatuh serta tergelincir sewaktu mengangkat barang ke puncak.

Video:

“Memang berbaloi upah yang diterima untuk angkat barang ke puncak, sekiranya rajin saya boleh memperolehi pendapatan sebanyak tiga hingga empat ribu ringgit sebulan,” kata Jvy kepada mStar.

Dalam pada itu, Jvy memberitahu dia ambil keputusan untuk melakukan pekerjaan ini kerana minat dan menyambung legasi pekerjaan bapanya.

Video:

@jvymius97_aolm

hari ke 4 naik ne tahun..harap masi macam tahun lalu#porter #gunung #fyp #fyp

♬ bunyi asal – Jvy weterproof_AOLM – Jvy weterproof_AOLM

“Salah satu sebab saya meneruskan pekerjaan ini kerana menyambung legasi pekerjaan daripada bapa kerana dia bersara atas faktor keceder4an.

“Mulanya tidak minat tapi lama-kelamaan sudah terbiasa, saya selesa dengan pekerjaan ini kerana boleh atur jadual masa sendiri,” ujarnya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*