Bakal pengantin buat sendiri baju 8 bridesmaids sebab upah tailor mahal! Belajar jahit saat akhir tapi hasil menakjubkan

SEIRING peredaran zaman, bridesmaid ataupun gadis pengiring seolah-olah ‘perkara’ yang wajib ada dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Kalau dahulunya, ia bersifat voluntery yang mana rakan baik akan sedaya upaya membantu bakal pengantin melakukan persiapan dari awal sehingga majlis persandingan selesai.

Namun kini, bridesmaid seolah-olah ‘hiasan’ bagi menyerikan majlis pernikahan kerana mereka akan berpakaian sedondon di samping pelbagai aksesori sampingan.

Ada juga yang sanggup menyediakan sejumlah peruntukan untuk memastikan rakan-rakan terpilih itu tampil bergaya dengan busana berwarna sama.

Seperti yang dilakukan wanita dikenali Chemell, dia sanggup menjahit sendiri baju untuk kelapan-lapan teman baik yang akan menjadi pengiring pada hari bahagianya.

Rakannya membantu membuat persiapan sempena hari perkahwinan.

Usaha yang dilakukan itu adalah sebagai penghargaan kepada rakan-rakannya kerana mereka telah bersama lebih 20 tahun.

Menerusi perkongsian video di media sosial, dia menceritakan perjalanannya menghasilkan rekaan dan menjahit baju-baju tersebut.

“Sepatutnya dress bridesmaid, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute.

“Memang g1la sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaid saya ada lapan orang, memang mak bising dan risau.

“Penat juga… saya dah cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan tu. Jadi terima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar menjahit dress yang agak susah,” ceritanya.

Malah dia turut mended4hkan hanya dapat melelapkan mata selama empat jam sepanjang tempoh menyiapkan busana untuk rakan-rakannya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Rakannya membantu membuat persiapan sempena hari perkahwinan.

Tambahnya lagi, bagi memudahkan proses jahitan dan sebagainya, dia menghasilkan pakaian berasaskan ukuran standard pada masa sama menambah rekaan tali yang boleh dijadikan ribbon bagi memudahkan rakannya menyesuaikan saiz.

Meskipun penat, namun dia gembira kerana dapat menyediakan ‘hadiah’ terbaik untuk sahabat-sahabat karibnya.

Ketika dihubungi mStar, Chemell menceritakan situasi yang dialaminya pada masa itu.

“Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang dialami.

“Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,” ujarnya yang prihatin dengan nasib tukang jahit tersebut.

Mengakui sudah biasa mendapatkan perkhidmatan tukang jahit berkenaan, dia mengambil keputusan untuk tidak ‘memaksa’.

Ekoran itu, dia cuba mencari tailor yang baharu dan menepati bajet yang dimiliki.

“Tapi tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang.

“Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri.

Baju yang telah siap digayakan rakannya.

Baju yang telah siap digayakan rakannya.

“Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaid ni sebagai platform pertama dalam menjayakan perniagaan yang ingin diceburi… bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” luahnya.

Tambahnya lagi, walaupun sedikit kelam kabut, dia tetap gembira dengan apa yang dilakukan.

Malahan dia berjaya menghasilkan kesemua baju tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dan meraikan rakan-rakannya yang bakal memeriahkan majlis perkahwinanya nanti.

Terdahulu, video perkongsiannya itu tular di TikTok sehingga mendapat tontonan 874,100 pelayar.

Kebanyakan warganet memuji kesungguhan yang dilakukan Chemell dan menyatakan dia seorang yang berbakat dalam bidang rekaan busana.

So talented! Saya pun tak pernah fikir perkara ni. Moga dipermudahkan semuanya Chemell.

“Tahniah. Cantik hasil kerja awak.

“Mantap… last minute sempat belajar.

“Hebat betul Chemell ni. Semua dia boleh buat, jahit sendiri lagi bermakna.

“Cantik sangat, betulkah beginner macam ni? So, proud of you,” ujar beberapa netizen yang turut memujinya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*