Telekung pelikat ‘ala ninja’ jadi perhatian, bukan setakat kreatif… yang penting wanita ini tak tinggal solat

MENUNAIKAN solat lima waktu merupakan kewajipan bagi setiap individu yang beragama Islam.

Justeru, ibadah tersebut wajib ditunaikan dalam apa jua keadaan sekalipun melainkan atas alasan yang dibolehkan atau dikecualikan dalam hukum agama.

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang tetap menunaikan kewajipan tersebut walaupun tidak mempunyai persalinan solat yang lengkap.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, kelihatan dia menggunakan kreativiti dengan ‘mengubahsuai’ kain pelikat untuk dijadikan sebagai telekung.

“Gara-gara tertinggal telekung di dalam kereta,” demikian kapsyen yang ditulis pada video tersebut, yang menunjukkan wanita berkenaan sedang menunaikan solat di dalam bilik hotel.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh abang kepada wanita berkenaan.

“Adik saya malas nak ambil dekat kereta di bawah. Dia pun tahan gelak tu,” tulis individu yang memuat naik video berkenaan di ruangan komen.

Perkongsian video tersebut ternyata mencuit hati netizen malah ada di antara mereka yang turut mengakui melakukan cara yang sama sekiranya tidak mempunyai telekung.

ninja 1

Ada di antara netizen yang meminta wanita ini melakukan tutorial mengubahsuai kain pelikat menjadi telekung.

“Masa kecil dulu selalu buat macam ni… main ‘ninja-ninja’ dengan kakak dan abang.

“Masa w4rded nak bersalin, suami lupa bagi telekung. Memang selubung macam inilah… kenangan.

“Aku pernah macam ni… suami tolong buatkan. Gelak setengah jam dulu, baru solat. Keras perut,” demikian komen netizen.

Dalam pada itu, ramai yang turut memuji tindakan wanita tersebut kerana tidak menjadikan alasan tiada telekung untuk ‘ponteng’ solat.

“Asalkan tanggungjawab terhadap Allah tetap dilaksanakan.

“Betul… asalkan tutup aurat dan boleh solat. Selimut pun saya pernah guna untuk solat,” komen netizen.

komen

Netizen turut terhibur dengan perkongsian video berkenaan.

Tidak kurang juga ada netizen yang mencadangkan wanita tersebut membuat video tutorial cara ‘mengubahsuai’ kain pelikat untuk dijadikan telekung, sebagai panduan sekiranya berdepan dengan situasi yang sama.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 90,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*