
Di sebalik Persembahan Terbaik lagu di matamu nyanyian Suffian Suhaimi, rupanya pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat adalah antara orang yang penting dalam menjayakan penceritaan lagu ini di atas pentas.
Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia”. tulis Hatta.
Sambung Hatta Suffian adalah seorang artis yang merendah diri dan disenangi ..
Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Suffian dan seluruh warga kerja yang menjayakan seni persembahan lagu ini malah turut sempat menyatakan bahawa Suffian sudah benar-benar move on!
Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh!
Baju rekaan Hatta Dolmat yang berkonsepkan A Broken Heart ..
Prop pentas disediakan oleh The Calla iaitu wedding planner terkenal perkahwinan artis antaranya Yuna.
Malah lagu dimatamu telah mendapat tontotan yang lebih tinggi di Youtube mengalahkan lagu juara lagu ‘Haram’ Hael Husaini dan Dayang Nurfaezah.
Boleh di katakan lagu Dimatamu adalah lagu berhantu 2018 kerana sejak lagu ini di release kan MV asal lagu ini sahaja telah menerima jutaan tontonan sehingga lah nyanyian Zamani di pentas Gegar Vaganza. Kini lagu ini di kembalikan oleh penyanyi asalnya di Pentas Juara Lagu. Tahniah moga Suffian Suhaimi terus sukses!
Sumber : IG Hatta Dolmat, The Calla, Teks Media Hiburan Terkini.
Leave a Reply