“Alhamdulillah, Both Mummy & Baby Are Doing Fine” – Mawar Rashid Selamat Bersalin

Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob memaklumkan bahawa isterinya selamat bersalin pada pukul 11.33 malam semalam (Rabu).

Menerusi entri di Instagram (IG), Raf berkongsi khabar gembira itu kepada pengikutnya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya serta bayi.

“Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan. 

“Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya? 

“Insyaa’Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Raf dan Mawar serta mendoakan kesihatan anaknya itu.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kemas2 barang2 baby with my mom. Amboi, almari baby @mawaraf_jr lagi besar dari almari mummy nampak 😋

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Biodata

Nama penuh: Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid

Nama popular: Mawar Rashid

Tarikh lahir: 3 April 1995

Umur: 23 tahun

Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @mawarashid

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.60 meter.

2. Berdarah kacukan Melayu-Siam.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

4. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

5. Pernah tular gara-gara tidak dapat menjawab soalan wartawan berkaitan maksud sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika awal perlaksanaannya. Berikutan itu, ada segelintir netizen yang menghentam kononnya dia adalah ‘bimbo’ yang bermaksud ‘cantik tetapi bodoh’. Mawar memohon maaf kerana ketidakpekaannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

6. Meminati seni tarian.

7. Sukakan nasi dan masakan pedas.

8. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibur.

9. Takutkan lipas hingga boleh menangis!

10. Pandai bermain gitar.

11. Pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik.

12. Beberapa drama dibintanginya ialah Super Gameboy, Tundukkan Playboy Itu, 2000km Ke al-Haram, Suamiku Paling Sweet, Dia, Kalis Kasih, Pencuri Cinta Kelas Satu, Isteriku Mem Besar dan Raisha 2.

13. Telefilem lakonannya menerusi Rajuk, M4TI, Imam Samar-Samar, Cinta Bersegi-Segi dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.

15. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

16. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Foto

 

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Gempak via TubeViral

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*