Lelaki ini rakam seekor tikus ‘bekerja’ sepanjang malam untuk membersihkan kawasan bangsalnya

Tikus merupakan salah satu haiwan perosak yang menggelikan. Setiap kali melihat tikus mencuri makanan di dapur mahupun mendengar bunyi tikus, kita akan berubah menjadi ketakutan meskipun ianya bersaiz jauh lebih kecil.

Namun, mengejutkan bagi lelaki ini yang menemui seekor tikus di rumahnya di mana tikus berkenaan dikatakan telah membantu membersihkan kawasan bangsalnya pada waktu malam.

Stephen McKears merupakan seorang pesara berusia 72 tahun yang berasal dari Pantai Severn, Gloucester Selatan, United Kingdom. Menurut Stephen, dia mula menyedari keadaan di dalam bangsalnya tidak seperti kebiasaan. Dia telah menemui klip plastik di dalam bekas aiskrim yang digunakannya bagi menyimpan kekacang untuk burung.

Lama-kelamaan, Stephen menemui pelbagai lagi barangan lain dimasukkan ke dalam bekas aiskrim berkenaan. Antaranya adalah skru kecil yang sentiasa tersimpan rapi. Bingung dengan situasi tersebut, dia memutuskan untuk melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti siapakah gerangan di sebalik ‘pembantu misteri’ berkenaan.

Jadi, Stephen telah memasang kamera di bangsal dan memerhatikannya sepanjang malam. Sungguh mengejutkan kerana pembantu tersebut bukanlah seorang manusia mahupun ‘makhluk halus’!

Tetapi, ia adalah seekor tikus yang sangat rajin mengemas. Tikus ini dilihat memungut semua skru yang ada lalu memasukkannya ke dalam bekas aiskrim itu. Jiran Stephen iaitu Rodney Holbrook yang membantu memasang kamera berkenaan turut terkejut dan kagum dengan sikap pembersih pada tikus itu.

“Saya menggelar tikus itu sebagai Metal Mickey. Saya sangat terkejut melihatnya, tikus yang mengagumkan.”

Stephen turut menegaskan bahawa tikus kecil berkenaan ‘mengemas’ bangsal itu selama beberapa jam sebelum menghilang. Rajin sungguh! Bekerja dan terus bekerja mengalihkan satu persatu objek.

Kata Stephen, “Ia bekerja sekitar dua jam pada malam itu, selepas itu mungkin tikus tersebut pergi tidur. Saya pernah melihat tikus menggerakkan objek bagi membina sarangnya tetapi tidak bukan objek besi. Menakjubkan.”

Sememangnya seekor tikus yang lain daripada yang lain! Luar biasa…

Sumber: Elite Readers, World new for all/Youtube, Metro via EraBaru

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*