Body Maintain Macam Anak Dara, Lisa Surihani Kongsi Tips Turunkan Berat Badan.

Berat badan naik adalah satu perkara yang biasa dialami oleh pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, terutamanya golongan wanita. Lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut telah menimang cahaya mata.

Namun berbeza pula dengan aktres jelita ini, Lisa Surihani dilihat tampil lebih slim dan berpenampilan masih seperti anak dara walaupun sudah beranak dua. Melihat daripada muat naik terkini Lisa, foto-fotonya jelas menunjukan potongan badannya adalah potongan badan yang diingini (body goal) oleh ramai wanita di luar sana.

Berikutan muat naiknya itu, rata-rata pengikutnya memuji potongan badannya dan meminta Lisa berkongsi rahsia dirinya menurunkan berat badan setelah melahirkan cahaya mata keduanya.

Slim gilerr…

Macam anak dara!

Senangnya kurus balik!

Ekoran daripada permintaan yang tinggi daripada pengikut dan peminatnya, Lisa telah memuat naik beberapa tips yang diamalkannya untuk mengurangkan berat badan.

Menurut Lisa, tips yang diamalkannya ini mungkin tidak berkesan dan sesuai untuk semua orang tetapi dia hanya berkongsikan apa yang berkesan padanya.

Disini kami kongsikan 4 tips mengurangkan berat badan daripada Lisa!

1.Tukar beras herba ponni

Kata Lisa dia menukar beras biasa yang digunakan kepada beras herba ponni. Ujarnya beras herba Ponni ini tinggi dengan fiber jadi beras ni amat mengenyangkan walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit. Amat sesuai bagi golongan yang ingin mengurangkan berat badan.

2.Kurangkan gula dalam makanan dan minuman

Kurangkan gula tambahan dalam rutin makanan seharian.

3.Intermitten Fasting

Cara diet yang paling mudah dan tidak menyeksakan. Yakni dengan puasa selama 16 jam dan makan 8 jam. Terpulang kepada individu, tetapi 16 jam puasa contohnya, bermula dari 8pm hingga 12pm (keesokkan harinya). Jadi waktu tidur juga dikira sebagai puasa.

8 jam makan pula, bermula daripada pukul 12pm hingga 8pm. Boleh makan banyak kali dalam masa 8 jam itu tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Lebih berkesan jika makanan manis dielakkan dan lebihkan minum air kosong.

4.Bersenam, keep fit !

Tidak perlu senaman keras janji badan kita fit ! 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : IG Lisa Surihani via IslamikInfo

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*